FAM Akan Umum Malaysia Lawan Korea Utara Di Pyongyang?
KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berhubung tempat perlawanan Malaysia-Korea Utara bagi pusingan kelayakan Piala Asia 2019, yang dijadual di Pyongyang, hujung Mac ini.
Khairy berkata, sebarang perubahan tempat perlawanan akan dimaklumkan sendiri FAM hari ini atau selewat-lewatnya esok.
“Kami akan bincang dulu dan biar FAM maklumkan kemudian (keputusan muktamadnya), mungkin hari ini atau esok, iaitu selepas selesai perbincangan ini, ” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Khairy berkata, hasil keputusan perbincangannya bersama FAM hari ini akan turut dimaklum kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) secepat mungkin.
Media melaporkan kemungkinan tempat perlawanan Skuad Harimau Malaya dan Korea Utara akan berubah, selepas Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan ada perkembangan terbaharu mengenai lokasi perlawanan itu.
Isu lokasi perlawanan Malaysia-Korea Utara mula berbangkit susulan kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, Jong-nam, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2).
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mVFl0E✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment