Hi! Welcome Back and Stay Tune! Insurans Perlindungan Dari Trolling, Doxxing Dan Meme Tular Negatif Ditawarkan Di Jepun - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Insurans Perlindungan Dari Trolling, Doxxing Dan Meme Tular Negatif Ditawarkan Di Jepun

Media sosial membuka peluang baru bagi jenama terkemuka untuk berinteraksi dengan pengguna. Kepintaran mereka menggunakan media atas talian boleh meningkatkan jualan. Namun bagi setiap Ying akan wujud Yang. Berita negatif di atas talian boleh menyebabkan nama baik syarikat tercalar selama-lamanya kerana itulah wujud pepatah “internet tidak boleh dipadamkan”.

Menyedari hakikat ini firma insurans Sompo Japan menawarkan insurans yang melindungi pemegang polisi dari serangan trolling, doxxing, berita negatif dan meme tular negatif di atas talian. Melalui polisi yang ditawarkan, pemegang boleh menerima ganti rugi sehingga ¥ 10 Juta (~RM 391 Ribu). Ini kemudian boleh digunakan untuk memadam berita negatif dan kerugian atas reputasi yang tercalar.

Pemegang polisi perlu membayar sebanyak ¥600 000 (~RM 23458) setahun untuk mendapatkan perlindungan. Polisi ini walaubagaimanapun akan terbatal sekiranya pemegang menjadi penyebab reputasi mereka tercalar di atas talian. Dengan kata lain polisi hanya melindungi mereka yang difitnah. Reputasi yang baik di atas talian kini adalah penting bagi semua individu. Syarikat besar melakukan carian media sosial sebelum mengambil kakitangan bekerja.

Insurans seperti ini penting bagi mereka yang menggelar diri mereka sebagai Tweetfamous dan Instafamous. Sejak kebelakangan ini semakin banyak insiden nama baik selebriti internet diburukkan tanpa usul periksa.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lRbgyh



✍ Sumber : ☕ Amanz


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.