Kane Ledak Dua Gol Benam Everton
LONDON: Harry Kane mengukuhkan reputasinya sebagai penyerang berbisa apabila meledak dua gol bagi membantu Tottenham Hotspur menewaskan Everton 3-2 dalam saingan Liga Perdana Inggeris di White Hart Lane, sebentar tadi.
Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Spurs berjaya merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga, Chelsea.
Skuad The Blues ketika ini mendahului dengan 36 mata, tiga mata meninggalkan Spurs di tempat kedua manakala Liverpool di tangga ketiga dengan 52 mata.
Kane membuka tirai jaringan menerusi rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-20 dan meledak gol kedua di awal babak kedua (minit ke-56) untuk merekodkan 24 gol daripada 28 perlawanan dalam semua kejohanan domestik musim ini.
Penyerang Everton, Romelu Lukaku yang juga pencabar utama penjaring terbanyak liga merapatkan jurang pada minit ke-81 sebelum Delle Alli menjaringkan gol ketiga buat Spurs di lewat babak perlawanan (minit ke-90+2).
Walaupun Enner Valencia berjaya menjaringkan gol kedua Everton selepas itu (minit ke-90+3) tetapi ia sudah terlambat untuk menghalang kemenangan ketiga Spurs dalam empat perlawanan terakhir liga.
Kemenangan Spurs memberikan tekanan buat Chelsea yang wajib menang pada pertemuan dengan West Ham United, awal pagi Selasa ini bagi kembali menjarakkan jurang mata. – AFP
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lOmeEK✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment