Kemaskini Windows 10 Seterusnya Akan Bersaiz 35% Lebih Kecil
Microsoft sebelum ini pernah berkongsi mengenai usaha mereka dalam mengurangkan saiz muat-turun untuk setiap kemaskini, dan kini mereka telah mula mengimplementasikannya bermula daripada versi Windows Insider terkini.
Melalui perubahan baru ini, berbeza dengan kebiasaan yang memuat-turun sesuatu versi secara sepenuhnya, melalui versi terbaru, Microsoft hanya akan memuat-turun fail-fail yang mengalami perbezaan sahaja. Usaha ini secara tidak langsung mengurangkan saiz fail yang perlu dimuat-turun sepenuhnya.
Menurut Microsoft, pengguna Windows Insider akan dapat melihat perubahan bermula hari ini, sebaliknya untuk pengguna umum, anda akan dapat melihat pengurangan saiz sehingga 35% apabila memuat-turun Windows 10 Creators Update tidak lama lagi.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mq8mEr✍ Sumber : ☕ Amanz
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment