Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nekmat Diminta Rancang Stok Simpanan Ikan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nekmat Diminta Rancang Stok Simpanan Ikan

Spread the love

PUTRAJAYA – Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) dan persatuan nelayan lain diminta untuk memulakan rancangan menyimpan stok ikan bermula dari bulan Jun sehingga September setiap tahun.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ismail Abu Hassan berkata ini adalah kerana kebiasaannya pada bulan-bulan tersebut jumlah tangkapan ikan adalah tinggi melebihi permintaan pasaran.

“Ketika musim tangkapan yang banyak itu, harga seperti ikan kembung mampu jatuh sehingga bawah RM1 sekilogram dan ini adalah masa yang sesuai untuk mereka membeli dan simpan untuk dijual semula pada musim tengkujuh,” katanya.

Bercakap kepada media selepas merasmikan Majlis Perundingan Industri Pemodenan Vesel Penangkapan Ikan di sini hari ini, Ismail berkata langkah itu juga dapat mengelakkan kenaikan harga yang mendadak seperti yang terjadi pada harga ikan pelaling dan kembung awal tahun ini.

“Oleh itu kita minta Nekmat, persatuan ikan yang lain dan pengusaha lain untuk menyedia dan mempertingkat fasiliti penyimpanan stok ikan masing-masing bagi mengelakkan kekurangan bekalan tersebut terutamanya pada akhir tahun,” katanya.

Ismail berkata kos penyimpanan ikan adalah rendah dan pengusaha masih mampu membuat keuntungan yang berpatutan sekiranya dijual pada musim tersebut.

Katanya sekiranya kerjasama penuh dapat dicapai daripada seluruh persatuan nelayan dan pihak berkaitan, nilai import bekalan ikan dijangka mampu turun sehingga RM700 juta setahun berbanding RM1 bilion setahun pada masa sekarang.

Beliau berkata harga kembung dan pelaling dijangka stabil pada bulan hadapan berikutan peningkatan kadar pendaratan ikan-ikan tersebut berbanding pada November lalu hingga bulan ini.

“Pada April ini, harga kembung dijangka kembali normal iaitu bawah RM10 sekilogram berbanding harga ketika ini yang mencecah sehingga RM22 sekilogram,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail berkata pengumuman Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung penangguhan pelaksanaan Permit Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk nelayan yang menggaji pekerja asing memberi kelegaan kepada nelayan.

Susulan penangguhan tersebut, nelayan yang menggunakan khidmat pekerja asing akan terus menggunakan Pas Pelaut yang hanya perlu disahkan Jabatan Perikanan selain negara asal nelayan asing berkenaan, katanya.

“Kita mahu memperkemas pendaftaran Pas Pelaut ini yang mana kita akan tengok semula dari segi ketulenan dokumen selain mengharapkan kerjasama yang baik daripada semua nelayan,” katanya. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m6dDAv

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.