Hi! Welcome Back and Stay Tune! Piala FA: Kedah Selesa, JDT Sukar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Piala FA: Kedah Selesa, JDT Sukar

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Piala FA, Johor Darul Ta’zim (JDT) berdepan aksi getir dalam misi mempertahankan kejuaraan apabila diundi bertemu Pahang di peringkat suku akhir.

Pada undian yang dilangsungkan sebentar tadi, impian untuk menyaksikan aksi ulangan Piala Sumbangsih JDT menentang Kedah mungkin terlaksana ketika skuad Helang Merah dijadualkan bertemu PKNP FC.

Aksi suku akhir pertama bakal berlangsung pada 31 Mac dan 1 April ini manakala timbal balik bakal berlangsung 21 serta 22 April.

Jika berjaya mengatasi Pahang, skuad Harimau Selatan akan menentang pemenang perlawanan antara Sabah dan Negeri Sembilan.

“Kami kalah kepada JDT dalam aksi Liga Super dan perlawanan itu berlangsung sengit. Saya percaya ia akan berlangsung dalam situasi sama untuk kali ini.

“Perlawanan ini pasti hebat. Bukan mudah untuk kedua-dua pasukan raih kemenangan,” kata pengendali Pahang, Dollah Salleh.

Ketika ini Negeri Sembilan kini berada pada prestasi terbaik apabila mengharungi lapan aksi Liga Perdana tanpa kalah untuk mendahului saingan.

Jadual suku akhir

Pahang mlm JDT

Sabah mln Negeri Sembilan

Kedah mln PKNP FC

Terengganu mln Sarawak

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mVsCOv

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.