Polis Buru 3 Anggota ‘Geng Vicky’, Aktif Pecah Rumah
Spread the love
KAMPAR – Polis Kampar kini giat memburu tiga anggota ‘Geng Vicky’ yang sebelum ini aktif melakukan pecah rumah di daerah ini termasuk satu kes melibatkan kerugian hampir RM400,000 pada Januari lalu.
Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata tiga suspek yang berusia awal 20-an itu adalah sebahagian daripada geng tujuh anggota.
Empat daripada mereka termasuk ketuanya sudah ditangkap dan didakwa di mahkamah pada Jumaat lepas, katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Ng berkata modus operandi mereka ialah memecah masuk rumah yang tiada penghuni dan mengambil barangan berharga yang kemudian dilupuskan manakala hasil dibahagi sama rata dengan kebanyakannya digunakan untuk berhibur.
Penangkapan empat lelaki itu adalah susulan kejadian samun di Mambang Diawan pada 8 Jan lalu melibatkan rumah seorang kontraktor berusia 60 tahun.
Katanya dalam kejadian itu, mangsa kerugian hampir RM400,000 apabila geng tersebut melarikan barangan kemas, dua motosikal, komputer riba serta peti besi mengandungi wang tunai. – BERNAMA
[embedded content]
Loading…
Spread the love
✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment