Hi! Welcome Back and Stay Tune! Status Warga Korea Utara Tamat Permit Diketahui Hari Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Status Warga Korea Utara Tamat Permit Diketahui Hari Ini

Spread the love

KUALA LUMPUR – Keputusan sama ada menghantar pulang warganegara Korea Utara, yang tamat permit kerja atau melarang mereka daripada meninggalkan Malaysia, akan diumumkan hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata setakat ini, terdapat 315 warganegara Korea Utara di Malaysia dengan ada di antara mereka yang bekerja di negara ini.

“Kami (kerajaan) rasional dalam melakukan sebarang tindakan dan keputusan. Insya-Allah, ia akan memberikan hasil yang terbaik bukan sahaja dari segi hubungan diplomatik malah kemanusiaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Seminar Jenayah Seksual Kanak-Kanak: Hentikan!!! di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini. Seminar dua hari itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga penaung Permata serta Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri diminta mengulas perkembangan terkini hubungan dua hala Malaysia dan Korea Utara berikutan les pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin negara itu Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lepas.

Jong-nam didakwa dibunuh oleh dua wanita warganegara asing yang menyapu mukanya dengan agen saraf VX sebelum sempat menaiki pesawat ke Macau.

Beliau yang memasuki Malaysia menggunakan pasport tertera nama ‘Kim Chol’, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Ketegangan Kuala Lumpur-Pyongyang timbul setelah duta Korea Utara Kang Chol membuat tuduhan tidak berasas serta menghina Malaysian berhubung pengendalian kes pembunuhan itu.

Susulan itu, Kuala Lumpur mengusir keluar duta tersebut dan beliau meninggalkan negara ini pada 6 Mac manakala Pyongyang turut mengambil tindakan sama terhadap duta Malaysia di sana.

Pada 7 Mac lepas, Pyongyang melarang rakyat Malaysia meninggalkan Korea Utara dan Malaysia mengambil tindakan yang sama ke atas rakyat Korea Utara di negara ini.

Ahmad Zahid menjelaskan proses rundingan antara Malaysia dan Korea Utara sedang dijalankan bagi menyelesaikan kemelut itu.

Beliau berkata sehingga kini, kerajaan juga belum menerima sebarang tuntutan rasmi terhadap mayat Jong-nam daripada anggota keluarga terdekat.

“Jika ada tuntutan kelak, beberapa pendekatan akan dilakukan di mana kita akan terus mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Peguam Negara bagi pengurusan mayat,” katanya. – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nfpjlZ

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.