Seluruh England: Beregu Campuran Turut Mara Final
PASANGAN bergu campuran negara, Chan Peng Soon (kiri) dan Goh Liu Ying. – Foto Rosli Rahmat
KUALA LUMPUR: Malaysia kini mempunyai dua wakil yang akan beraksi di pentas final Seluruh England, esok.
Selepas Datuk Lee Chong Wei mengesahkan slot ke final, beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying turut mengikut jejak langkah jaguh perseorangan negara itu.
Peng Soon-Liu Ying mara buat kali pertama ke final Seluruh England selepas menewaskan beregu Jepun, Yuta Watanabe-Arisa Higashino 21-17, 21-15 dalam aksi separuh akhir di Arena Barclaycard, sebentar tadi.
Pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu akan berdepan pilihan kelima dari China, Lu Kai-Huang Yaqiong bagi perebutan gelaran juara, esok.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mxacme✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment