Seu Bock Puji Prestasi Cemerlang Chong Wei
JURULATIH perseorangan, Tey Seu Bock (kiri) dan Hendrawan. – Foto Osman Adnan
KUALA LUMPUR: Aksi bertenaga diperagakan Datuk Lee Chong Wei sewaktu menempah tiket ke pentas final Seluruh England, sebentar tadi, pantas mendapat pujian jurulatihnya Tey Seu Bock.
Pada aksi separuh akhir di Arena Barclaycard, Birmingham, malam tadi, jaguh nombor satu dunia itu seperti biasa ‘bermula perlahan’ sebelum bangkit merakamkan kemenangan ke atas pemain Taiwan, Chou Tien Chen 10-21, 21-14, 21-9 dalam aksi separuh akhir.
Lebih manis kejayaan itu hadir sewaktu dia baharu saja pulih daripada kecederaan lutut yang hampir meragut peluangnya membuat penampilan pertama di pentas antarabangsa untuk tahun 2017 di pentas berprestij itu.
“Saya sangat gembira dengan prestasi Chong Wei di sini kerana sebelum ini kita semua tahu yang dia hampir tidak dapat menyertai Seluruh England.
“Jika diikutkan dia hanya buat persiapan penuh kejohanan ini seminggu saja dan berjaya ke final adalah sesuatu yang membanggakan.
“Saya tidak fikir dia sudah berada pada tahap prestasi sebenarnya kerana dia belum menjalani latihan sepenuhnya. Saya sendiri tidak jangka dia boleh capai tahap ini.
“Jadi, untuk aksi final saya mahu dia terus mengekalkan fokus dan menikmati perlawanan,” kata Seu Bock ketika dihubungi BH Online di Arena Barclaycard, Birmingham sebentar tadi.
Malah, dengan kejayaan itu membuktikan betapa Chong Wei yang akan menginjak usia 35 tahun pada 21 Oktober depan belum bersedia untuk bersara berdasarkan prestasi cemerlangnya sepanjang minggu ini.
Kemenangan itu sekali gus meletakkan dia di landasan tepat bagi merangkul kejuaraan kejohanan berprestij itu buat kali keempat selepas melakukannya pada 2010, 2011 dan 2014.
Kontroversi sebelum ini menyelubungi jaguh negara itu apabila perang antaranya dengan Morten Frost Hansen meletus gara-gara gesaan Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuknya bersara.
Ia tercetus selepas dia menuduh BAM gagal menyediakan gelanggang yang baik sehingga membawa insiden dia terjatuh akibat permukaan lantai gelanggang di Akademi Badminton Malaysia (ABM) licin pada 4 Februari lalu.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mxiCtK✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment