Hi! Welcome Back and Stay Tune! Letupan Kereta Api St. Petersburg Angkara Pengganas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Letupan Kereta Api St. Petersburg Angkara Pengganas

4 April 2017. 12.09 AM

53

Berita

Letupan Kereta Api St. Petersburg Angkara Pengganas
Motif letupan kereta api bawah tanah di St. Petersburg, Rusia dilaporkan angkara serangan pengganas.

Menurut jurucakap Ahli Jawatankuasa Anti-Pengganas Nasional Rusia, Andrei Przhezdomsky, letupan itu disebabkan oleh sejenis alatan letupan yang diletakkan dalam salah satu gerabak kereta api.

“Setakat ini boleh dikatakan punca kejadian disebabkan alat letupan namun siasatan masih diteruskan oleh pakar bom,” katanya.
 

Pihaknya juga menemui satu alat letupan di sebuah lagi stesen kereta api bawah tanah iaitu Stesen Revolutionary Square. Namun, ia disahkan selamat.

Letupan yang berlaku telah menyebakan kehilangan 11 nyawa dan 39 yang lain cedera.

Menurut laporan, kejadian berlaku di gerabak yang menghubungkan antara Stesen Sennaya Ploshchad dan Stesen Tekhnologichesky Institute.

Sementara itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertahanan Rusia, Viktor Ozerov, St. Petersburg menjadi target pengganas memandangkan Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang berada di bandar itu untuk sesi lawatan media.

“Tempat dan waktu letupan dilakukan secara sengaja. Forum media sedang berlangsung bersama Presiden Rusia dan ada ramai wartawan sedang berkumpul di St. Petersburg,” katanya.

Pada tahun 2010 dua pengebom berani mati telah meletupkan diri sendiri di dua buah stesen kereta api bawah tanah di Moscow dan membunuh 40 orang.

Manakala pada tahun 2002, seramai 170 orang maut dalam situasi tegang pemberontakan etnik Chechen.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nV3dUR

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



loading...
//

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.