Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hatrik Rossi Lonjak Celta Vigo - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hatrik Rossi Lonjak Celta Vigo

MADRID: Penyerang Itali, Giuseppe Rossi meledak hatrik bagi membantu Celta Vigo meraih kemenangan 3-1 ke atas Las Palmas dalam aksi La Liga Sepanyol, awal pagi tadi.

Rossi yang lahir dan membesar di Amerika Syarikat, meledak dua gol pada babak pertama sebelum menambah satu jaringan di babak seterusnya bagi meraih kemenangan pertama daripada tiga perlawanan di laman sendiri di Stadium Balaidos.

Gol tunggal Las Palmas pula dijaringkan Pedro Bigas pada minit ke-80 permainan.

“Lebih daripada segala-galanya, tiga mata ini sangat berharga untuk terus menghidupkan impian kami ke kejohanan Eropah. Kami bermain begitu bagus,” kata Rossi.

Keputusan itu melonjak pasukan tuan rumah ke tangga ke-10 liga selepas meraih 41 mata daripada 28 perlawanan setakat ini dan Celta masih mempunyai satu perlawanan dalam tangan.

Kemenangan itu juga adalah yang kedua berturut-turut buat Celta selepas bergelut empat perlawanan liga sebelumnya tanpa sebarang kemenangan.

Las Palmas yang tidak pernah meraih kemenangan di laman lawan sejak pusingan pertama menentang Valencia, kekal di tangga ke-12 dalam kedudukan carta dengan 35 mata daripada 29 perlawanan. – AP

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nQPtJ9

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



loading...
//

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.