Hi! Welcome Back and Stay Tune! DUN Sarawak sudah bubar, pembangkang belum sepakat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

DUN Sarawak sudah bubar, pembangkang belum sepakat

Abdul-Ghani-Salleh

KUCHING : Perlumbaan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 secara rasminya bermula dengan terbubarnya Dewan Undangan Negeri hari ini.

Hari ini, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata tarikh penamaan dan pengundian akan diumum 14 April nanti.

Pilihan raya di negeri terbesar di Malaysia ini dan melibatkan 1 juta pengundi dijangka diadakan pada awal Mei samada pada hari ketujuh atau kelapan bulan itu.

Pilihan raya ini juga akan menyaksikan pertandingan di 11 kerusi baharu; Batu Kitang, Stakan, Serembu, Bukit Semuja, Gedong, Kabong, Tellian, Bukit Goram, Murum, Samalaju dan Mulu.

Angkatan BN Sarawak yang dikepalai Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem nampaknya yakin dapat merangkul 60 sehingga 70 kerusi daripada 82 kerusi yang bakal dipertandingkan, manakala di pihak pembangkang pula, yang umumnya dibentuk parti-parti Semenanjung, masih berwaspada.

Pada ketika ini, hanya PAS yang telah mengumumkan kerusi yang mahu ditandingi serta calon-calonnya. PAS akan bertanding di 10 kerusi majoriti Melanau, dan satu kerusi majoriti Dayak iaitu di Kakus, dengan calon bukan Islam pertama dari parti itu, Clement Bayang.

Kerusi lain yang ditandingi parti Islamik itu Muara Tuang, Beting Maro, Lambir, Sadong Jaya, Pantai Damai, Pujut, Samariang, Sebuyau, Jepak dan Samalaju.

Manakala PKR, DAP dan Amanah dijangka memuktamadkan rundingan kerusi mereka minggu depan.

Sumber parti memberitahu FMT bahawa PKR berhasrat untuk bertanding di 37 kerusi, kurang sembilan daripada kerusi yang mereka tandingi pada 2011 manakala DAP pula mahu bertanding di sekurang-kurangnya 35 kerusi, iaitu 20 kerusi lebih berbanding pilihan raya negeri sebelum ini.

Sementara itu, AMANAH dijangka bersemuka dengan PAS di 10 kerusi.

“Kita masih membincangkan beberapa kerusi. Tetapi PAS pasti bertembung AMANAH,” menurut sumber itu.

PAS sebelum ini menegaskan mereka tidak akan bertolak ansur atau menukar kerusi dengan mana-mana parti daripada pembangkang.

Dengan beberapa pemimpin pembangkang daripada Semenanjung dihalang Kerajaan Negeri daripada memasuki Sarawak, harapan pembangkang terletak pada bahu pimpinan tempatan.

Pengerusi Perhubungan PKR Sarawak, Baru Bian berkata partinya akan menggunapakai Manifesto Pakatan Rakyat 2011, Deklarasi Kuching 2012, Manifesto Pilihan Raya Umum 13, dan Hala tuju Perjanjian 18 Perkara untuk Sarawak, dalam semua kempen mereka.

“Kita mempunyai 5 dokumen dasar yang mengisytiharkan dan mengikrarkan hak-hak kami mengikut Perjanjian Malaysia 1963 dan Perjanjian 18 Perkara yang telah diabaikan oleh BN sejak 52 tahun lalu dikajisemula dan dikuatkuasakan,” katanya di wacana Lindung Sarawak disini, semalam.

Kemampuan PKR, yang hanya memenangi 3 kerusi dalam pilihan raya negeri lalu, untuk mengepalai tujahan pembangkang masih meragukan.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1VhlC9T

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.