Hi! Welcome Back and Stay Tune! Undang-undang maritim Malaysia ketinggalan zaman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Undang-undang maritim Malaysia ketinggalan zaman

tun-zaki,maritim

KUALA LUMPUR: Kebanyakan undang-undang maritim yang diamalkan di Malaysia sudah ketinggalan zaman, kata bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.

Sehubungan itu, Zaki menggesa kerajaan dan penggubal undang-undang melakukan reformasi pada kadar segera terhadap undang-undang maritim negara.

Katanya, penambahbaikan undang-undang maritim amat penting bagi mewujudkan persekitaran maritim yang lebih kondusif, terutama untuk industri perkapalan.

“Sebagai contoh, Bills of Lading Act 1855 (Akta Perahu 1855) sudah terlalu lama dan kita masih lagi menggunakannya. Selain itu, definisi tertentu berkaitan aktiviti jenayah di laut dalam akta sedia ada juga perlu diperkemas.

“Undang-undang maritim yang ditambahbaik ketika ini lebih menjurus kepada keselamatan pelayaran dan perlindungan marin, namun masih kurang dalam aspek perdagangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Persatuan Pengamal Undang-Undang Maritim Antarabangsa Malaysia (IMSML), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Zaki berkata, satu lagi aspek yang perlu diperbaiki adalah keseragaman undang-undang maritim antara Semenanjung Malaysia dengan Sarawak dan Sabah.

Mengambil contoh Konvensyen Had Tuntutan Liabiliti Maritim (LLMC), Zaki berkata, Semenanjung Malaysia menggunakan LLMC 1976 dan Protokol LLMC 1996.

“Bagaimanapun, Sarawak dan Sabah kekal menggunakan LLMC 1957. Saya berharap keseragaman ini dapat dicapai tidak lama lagi,” katanya.

Sementara itu, Zaki berkata, pihaknya sudah menghantar draf penambahbaikan undang-undang maritim negara kepada Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Pengangkutan.

Katanya, cadangan undang-undang maritim ditambahbaik itu akan membantu menarik kedatangan pelabur dan mengurangkan kos insurans dalam industri maritim dan perkapalan negara.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1UUpkpx

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.