Hi! Welcome Back and Stay Tune! UEC mungkin diiktiraf kerajaan? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

UEC mungkin diiktiraf kerajaan?

mah-uecPETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mah Siew Keong mendedahkan, hanya tinggal beberapa masalah teknikal untuk diselesaikan, sebelum kerajaan pusat mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Jelasnya, Jemaah Menteri tidak pernah berhenti membincangkan isu UEC dan soal kedaulatan negara juga tidak pernah dibangkitkan.

Menurutnya, beliau ada menemui Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh untuk membincangkan isu UEC beberapa hari lalu.

Beliau yakin kelak kerajaan pusat akan mengiktiraf UEC disebabkan faktor ekonomi negara.

“Jika negara hendak maju dan makmur, ia perlu meningkatkan daya saing. Mengiktiraf UEC mampu mengelakkan penghijrahan modal insan ke luar negara, sekaligus meningkatkan daya saing negara dalam pelbagai bidang, memacu pembangunan ekonomi negara dan seterusnya mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi,” katanya yang dipetik Nanyang Siang Pau ketika menghadiri sebuah majlis di Teluk Intan, kelmarin.

Pada 29 Mac lalu, Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan berkata, keputusan Jemaah Menteri berhubung perkara itu menyatakan UEC tidak mematuhi kurikulum kebangsaan dan falsafah pendidikan negara.

“Ia turut membabitkan kepentingan dan kedaulatan negara,” kata Kamalanathan sebelum ini.

Susulan itu, pemimpin MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Wee Ka Siong mahu Kamalanathan menarik balik kenyataan kononnya kerajaan enggan mengiktiraf UEC disebabkan faktor ‘kedaulatan negara’, kerana kedaulatan negara tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

 



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/23nPRQR

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.