Naib Presiden PKR lapor polis dituduh seleweng dana
KLANG : Ahli Dewan Undangan (ADUN) Seri Andalas Dr Xavier Jayakumar membuat laporan polis kerana dituduh menyeleweng dana banjir oleh ahli PKR yang juga penerima bantuan banjir, P Nyanauthayam.
Naib Presiden PKR itu membuat laporan itu di Balai Polis Taman Sentosa, Klang hari ini.
Katanya, dia membuat laporan itu kerana dua laporan polis yang dibuat oleh Nyanauthayam pada Jumaat dan Ahad lalu berbaur fitnah, tuduhan palsu dan yang kemudian digunakan pihak ketiga S Murali (Setiausaha PKR Kelana Jaya) untuk menjatuhkan maruahnya serta Pusat Khidmat Rakyat DUN Seri Andalas.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan penyelewengan dana banjir yang didakwa dan tuduhan itu adalah palsu.
“Tuduhan palsu dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Taman Sentosa itu telah digunakan pihak ketiga untuk memalukan dan menjatuhkan maruah saya sebagai ADUN Seri Andalas,” katanya selepas membuat laporan polis.
Nyanauthayam dalam laporan polis Ahad lalu turut menuduh Xavier terlibat membakar keretanya.
“Tuduhan palsu ini amat berat dan merupakan ancaman kepada saya dan keluarga.
“Dengan tuduhan-tuduhan palsu tersebut pengadu sebenarnya tidak berminat untuk mencari kebenaran tetapi sebaliknya hanya untuk menyebarkan fitnah dan tuduhan palsu terhadap saya dengan mengadakan sidang akhbar, sebaran di media elektornik dan media sosial,” tegasnya.
Xavier turut ditanya adakah beliau akan membawakan usul kepada Jawatankuasa Disiplin PKR bagi mengambil tindakan terhadap S.Murali dan P Nyanauthayam.
“Saya sebagai Naib Presiden PKR akan buat surat aduan kepada Jawatankuasa Disiplin untuk buat siasatan dan ambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.
Jumaat lalu, P Nyanauthayam membuat laporan polis pertamanya berhubung penyelewengan dana bantuan banjir oleh Xavier dan Pusat Khidmat DUN Sri Andalas.
Ahli PKR itu turut membuat laporan polis yang kedua pada Ahad lalu berhubung kebakaran keretanya yang didakwa dilalukan oleh orang bawahan ADUN Sri Andalas.
Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1S4zRe2
Post a Comment