Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis terima laporan PAC, sedang teliti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis terima laporan PAC, sedang teliti

khaid-abu-bakar-PACKUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menerima laporan penuh hasil siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB dan sedang meneliti laporan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya perlu membuat penelitian lanjut laporan setebal 106 muka surat itu sebelum membuat pengesahan jika ada keperluan untuk melakukan siasatan terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

“Berkenaan dengan 1MDB, ia laporan setebal 106 muka surat,saya fikir kami perlukan masa untuk melihat dan memperhalusi setiap kandungan laporan itu.

“Saya akan membuat kenyataan setelah kami bersedia (untuk tindakan susulan),” katanya pada sidang media selepas Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman hari ini.

Khamis lalu, PAC membentangkan laporan hasil siasatan 1MDB di Parlimen dan menyenaraikan kelemahan antaranya pelaburan USD1 bilion yang tiada pengawasan dan maklumat lanjut.

Laporan itu meletakkan segala salah laku melibatkan anak syarikat kerajaan itu kepada Shahrol Azral.

Sebelum ini, Khalid berkata, polis akan menyiasat secara terperinci isu itu selepas PAC membentangkan laporan di Parlimen.

 



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1Vh8yRQ

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.