Hi! Welcome Back and Stay Tune! TERAS yakin diberi peluang bertanding PRN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TERAS yakin diberi peluang bertanding PRN

TURUN PADANG: Ketibaan Mawan dan rombongan pada Majlis Randau Bersama Rakyat di Rumah Alice Gelang disambut meriah oleh penduduk di Saratok, semalam.

TURUN PADANG: Ketibaan Mawan dan rombongan pada Majlis Randau Bersama Rakyat di Rumah Alice Gelang disambut meriah oleh penduduk di Saratok, semalam.

Berdasarkan kedudukan parti semakin kukuh, mempunyai sokongan peringkat akar umbi

Oleh Kepu Sidi //

SARATOK: Presiden Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) Tan Sri William Mawan Ikom yakin parti itu diberi peluang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) ini dalam nisbah sekurang-kurangnya empat atau lima kerusi.

Katanya keyakinan itu berdasarkan fakta dan kedudukan parti itu yang semakin kukuh dan mempunyai sokongan padu di peringkat akar umbi walaupun sebuah parti baharu.

“TERAS sedia bertanding di mana-mana kerusi diberikan oleh Ketua Menteri. Kita yakin calon-calon TERAS mampu menggalas tanggungjawab sekali gus membawa kemenangan pada PRN11 nanti.

“Berdasarkan rekod di seluruh Sarawak, sehingga kini terdapat lebih 50,000 ahli berdaftar yang sedia berjuang dan berdiri kukuh dengan kita terutama di peringkat akar umbi,” katanya pada Majlis Randau Bersama Rakyat di Rumah Alice Gelang, dekat sini, semalam.

Sekitar 400 penduduk setempat terutama dari 10 kawasan DUN Krian hadir pada majlis itu.

Mawan turut menasihati masyarakat khususnya ahli TERAS agar bersikap terbuka dalam aspek berpolitik dan tidak terikut-ikut dengan perasaan kerana sikap itu tidak membawa perkembangan positif kepada mereka.

“Kita berharap penyokong dan ahli-ahli TERAS dapat berfikiran matang dan meninggalkan konsep ‘mesti aku, politik aku’. Konsep itu boleh menyebabkan peluang pihak bertentangan memperguna kelemahan itu untuk mendapat manfaat.

“Kita mohon ahli TERAS memberi sokongan kepada sesiapa sahaja calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding di kawasan mereka.

“Dengan cara ini, baharulah perpaduan sesama kita dapat diperkukuhkan dan perpecahaan di kalangan semua pihak dapat dielakkan,” katanya.

Ahli Parlimen Saratok itu berkata, masyarakat tidak perlu terlalu membebankan diri dengan senario politik hari ini.

“Kita yakin dengan kemampuan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menangani masalah berlaku kerana beliau mempunyai strategi tersendiri mengatasinya,” jelas beliau.

Mengulas mengenai kedudukan TERAS DUN Krian, Mawan berkata  parti itu sedia bertanding dan meletakkan calon sekiranya diberi kepercayaan.

Katanya Parlimen Saratok dua DUN iaitu DUN Kalaka dan DUN Kabong sudah pasti diberikan kepada calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) manakala kerusi DUN Krian masih menjadi tanda tanya.

Bagaimanapun, TERAS yakin dengan kelebihan sekarang untuk bersaing dan merampas kembali kerusi itu daripada pembangkang jika diberi peluang kepimpinan tertinggi BN.

“Kita berharap rakyat peringkat akar umbi terus memberi sokongan padu kepada TERAS bagi memastikan parti itu terus berkembang demi kebaikan dan manfaat bersama,” katanya.

Pada majlis itu, Mawan turut mengumumkan geran berjumlah RM20,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Alice Gelang.



Mukah Pages sharing local news with BorneoPost Online | Borneo , Malaysia, Sarawak Daily News http://ift.tt/23mJ7m8

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.