White House halang beberapa organisasi media dari membuat liputan
WASHINGTON: White House menghalang beberapa organisasi berita Amerika Syarikat (AS), daripada menyertai taklimat setiausaha media pada Jumaat, ujar wakil orgnaisasi tersebut, lapor Reuters.
Antara kru media yang dihalang daripada membuat liputan taklimat Sean Spicer itu adalah dari CNN, The New York Times, Politico, The Los Angeles Times dan BuzzFeed.
Taklimat tanpa kamera Spicer itu menggantikan taklimat harian yang lazimnya disiarkan di stesen televisyen. Sebab halangan tersebut dibuat bagaimanapun tidak dinyatakan, sekali gus mencetuslkan bantahan.
Reuters pula dibenarkan masuk ke sidang media itu bersama kira-kira 10 organisasi berita lain seperti Bloomberg dan CBS.
Spicer berkata, pasukannya mengambil keputusan untuk membuat taklimat media yang lebih ‘ringkas’ sebegitu berbanding lokasi biasa di dewan taklimat White House yang lebih besar.
“Tugas kami adalah untuk bersifat responsif kepada media. Kami mahu memastikan bahawa kami menjawab soalan anda, namun kami tidak perlukan semuanya dirakam kamera setiap hari,” ujarnya.
Wartawan Associated Press dan majalah Time bertindak meninggalkan sesi taklimat selepas mendapat tahu ada media lain yang dihalang daripada menyertainya.
Bagaimanapun, sesi tanpa kamera bukan sesuatu yang luar biasa. White House biasa menjemput organisasi media terpilih untuk taklimat tertentu, dan untuk topik-topik tertentu, namun boleh dikatakan ini kali pertama bagi sesi terbuka.
Sejak berkempen dan kini memegang tampuk pentadbiran, Presiden Donald Trump sering dilihat ‘menyerang’ pihak media. Sebelum ini, dalam satu perhimpunan aktivis konservatif, Trump mengkritik organisasi media yang didakwa menyiarkan ‘berita palsu’, selain menggelarkan media tersebut sebagai ‘musuh rakyat Amerika’.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lEIq6L✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment