Conte belum sedia bincang soal kontrak
Antonio Conte. -Foto Reuters
LONDON: Pengurus Chelsea, Antonio Conte, menolak dakwaan dari Itali yang mendakwa dia berbincang mengenai perjanjian baharu di Stamford Bridge sambil menegaskan fokusnya kekal terhadap pemburuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).
The Blues dijadual berdepan Swansea City di laman sendiri, malam ini dengan kelebihan lapan mata di puncak liga dan difahamkan Conte sudah pun mencapai persetujuan dengan pemilik kelab itu Roman Abramovich untuk kekal di London.
Begitupun, pengendali berusia 47 tahun itu mahu memberi contoh kepada pemainnya dengan menegaskan dia hanya berminat dengan pembaharuan kontrak pada penghujung musim manakala dia serta pasukannya harus kekal fokus bagi menghadapi lawan seterusnya.
“Ia sama (bagi saya) terhadap semua pemain,” kata Conte ketika sidang media di kem latihan Cobham.
“Apa yang penting difikirkan ketika ini ialah melihat kepada situasi semasa dan apabila tiba masanya, kami akan berdepan segala situasi, bagi pemain dan jurulatih.
“Apabila kamu memulakan kerja, kamu berharap meneruskan tugas untuk tempoh jangka panjang bagi membina sesuatu.
“Sudah tentu ini adalah keinginan saya dan pemain, namun ketika ini masanya tidak tepat untuk kami berdepan dengan perbincangan ini.”
Teman rapat Conte dari Itali, Claudio Ranieri dipecat oleh Leicester City semalam di sebalik kejayaan membimbing pasukan itu menjulang trofi EPL pada musim lalu.
Tindakan Leicester itu memberi petanda kelab di EPL tampak semakin kurang sabar dengan pengurus yang dilantik berbanding sebelum ini, dengan Conte mengakui England ketika ini menjadi seperti Itali dari sudut pemecatan pengurus.
“Ya (England tidak lagi selamat),” katanya. “Di Itali, kami biasa dengan pemecatan dan terpaksa hidup dengan situasi ini, dan ia bukan mudah. Mengetahui situasi ini menjadikan kamu lebih kuat.
“Kami lebih kuat kerana berusaha dengan seluruh tenaga untuk memberikan 120 peratus kerana tempoh kami amat singkat. Kini saya dapat melihatnya di England dan situasi ini meningkat di EPL dan di Liga Kejuaraan.” – Agensi
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ljAwgy✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!






Post a Comment