Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 Petanda Anda Kurang Rehat Dan Panduan Mengatasinya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 Petanda Anda Kurang Rehat Dan Panduan Mengatasinya

Anda mungkin berfikir bahawa hidup ini hanya untuk bekerja siang dan malam demi wang namun di sebalik kesibukan bekerja, tubuh kita sebenarnya ada memberikan beberapa petanda bahawa tubuh kita kepenatan dan memerlukan rehat.

Rehat

Biar sesibuk mana pun, hakikatnya anda perlu mempunyai kehidupan yang seimbang dari segi kesihatan dan kecantikan diri buat kaum wanita.

Bagi anda yang sangat sibuk tapi memerlukan waktu rehat, ada caranya. Jom, semak!

Jangan pernah terlepas waktu makan

Mulakan dengan mengatur jadual makan yang sihat. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa anda terlalu sibuk dengan beberapa hal, namun usahakan untuk tetap makan pada waktu yang sepatutnya.

Hal ini dapat membantu mengoptimumkan otak dan juga membuat anda tidak mudah letih kerana bekerja seharian.

Minum banyak air kosong

Jangan lupa untuk minum air kosong di antara lapan hingga sepuluh gelas sehari. Air putih boleh menghilangkan dan meneutralkan racun dan kotoran lain yang dapat menyebabkan risiko penyakit.

Bersihkan kawasan atau meja kerja anda

Jangan bergantung pada perkhidmatan kebersihan untuk membersihkan kawasan atau meja tempat kerja anda.

Sekurang-kurangnya sekali dalam sehari, bersihkan komputer kerja anda, meja kerja, telefon dan bahkan tetikus anda.

Hal ini memang kelihatan remeh,namun terbukti mampu menghilangkan kuman dan bakteria yang mampu mengurangkan risiko jangkitan penyakit.

Bergerak walaupun sedikit

Kedudukan duduk dalam waktu yang lama tentunya boleh mencetuskan sakit belakang pada tubuh anda.

Ketika anda sibuk dalam menyelesaikan pekerjaan, jangan lupa untuk berehat sebentar. Bergerak ringan dan rehat sebentar boleh menghilangkan tekanan dan tentunya juga membuat badan anda tidak merasa sakit.

Aromaterapi

Lepaskan semua bebanan anda dengan melakukan aktiviti yang kamu suka sambil ditemani oleh aromaterapi.

Essential oil yang digunakan dalam aromaterapi dapat membantu mengurangkan kemurungan. Aromaterapi dapat membuat anda relaks dan ini adalah cara yang bagus untuk memanjakan diri anda.

Dark Chocolate

Selain rasanya yang enak, dark chocolate juga boleh membuatkan anda relaks. Semakin banyak dark coklat anda makan bermakna semakin tinggi kandungan ‘cacao’ di dalamnya.

‘Cocoa’ mengandungi serotonin yang meningkatkan pengeluaran endorphin, inilah anti-depressant natural yang membuatkan mood anda sentiasa baik dan tenang.

DVD Marathon

Menonton filem adalah cara berkesan untuk memanjakan diri di hujung minggu.

Jika biasanya anda hanya menonton filem cinta yang membuatkan anda berasa sedih, sekali sekala cubalah untuk menonton filem komedi.

Suntikan humor adalah cara paling bagus untuk membuat mood harian dan kesihatan anda selalu baik.

Membaca Buku

Bagi anda yang gemar membaca dan jarang mempunyai masa lapang untuk membaca, inilah saat yang tepat untuk memanjakan diri dengan bacaan yang anda suka.

Pilih buku daripada penulis kegemaran anda, cari ruang yang nyaman di rumah anda dan buatkan secawan teh, tentu akan menjadi idea bagus untuk menemani waktu rehat anda.

Memasak

Inilah waktunya untuk bereksperimen dengan buku-buku resipi yang belum sempat anda cuba selama ini.

Bagi anda yang sangat gemar dalam bidang memasak, tentu anda tidak sabar rasanya untuk memasak. Anda juga boleh menjemput sahabat handai untuk memasak bersama di dapur sambil berbual.

Berendam

Tak ada yang baik selain air hangat jika berbicara tentang merehatkan diri tatkala penat bekerja. Air hangat dapat membuat otot anda yang tegang menjadi relaks dan fikiran menjadi tenang.

Bagi yang memiliki bath tub, anda boleh berendam dengan air hangat dan campurkan sedikit minyak essential untuk membuatkan kulit anda lembut dan lembap.

Bagi yang tidak memiliki bath tub, anda tetap boleh mandi menggunakan air hangat dan cubalah untuk menggunakan sabun yang mempunyai haruman yang menyegarkan seperti lavender.

Manicure atau pedicure

Sebahagian besar kaum hawa yang berkerjaya tidak ada masa untuk menjaga kecantikan mereka akibat terlalu sibuk bekerja.

Cubalah untuk mencari masa yang sesuia untuk anda melakukan manicure atau pedicure atau anda boleh menempah pakej manicure atau pedicure di rumah.

Muzik kegemaran

Mainkan muzik kegemaran anda atau lagu penyanyi kegemaran anda yang mampu membuatkan anda tenang. Ini dapat membuatkan anda berasa relaks dan kekal dalam mood yang baik.

Bershopping

Mungkin ini adalah salah satu ubat untuk kaun hawa bagi merehatkan diri. Anda boleh bershopping ataupun window shopping untuk menghilangkan penat bekerja sehari hari di pejabat.

Tambahan pula, anda boleh melakukan online shopping dengan hanya melayari internet. Mungkin ini dapat membantu anda merehatkan diri.

Aktiviti riadah dan bersenam

Selain itu, anda boleh membuat aktiviti riadah atau bersenam di hujung minggu. Di samping dapat merehatkan diri anda juga boleh menyihatkan badan dengan aktiviti sebegini.

5 Tanda Menunjukkan Bahawa Anda Perlu Bercuti & Lupakan Soal Kerja!

Membuat Kesalahan-Kesalahan Kecil

Adakah anda sering membuat kesalahan-kesalahan kecil yang sebenarnya sangat remeh? Misalnya anda berulang kali salah taip dan melakukan typo.

Atau anda sering tersalah menghantar email. Ketika anda bekerja terlalu sibuk, otak anda akan letih dan semakin sukar untuk mengawal hal-hal lain.

Merasa bosan sepanjang hari

Adakah anda merasa bahawa anda sudah cukup rehat tetapi tetap merasa letih sepanjang hari? Rasa letih itu disebabkan bukan hanya kurang tidur tapi beban kerja dan stres.

Ketika anda merasa tidak mempunyai tenaga sepanjang hari, itu tandanya anda perlu ambil masa cuti dan berehat.

Mudah tersinggung

Pernahkah anda merasa begitu mudah tersinggung hanya kerana satu tindakan bodoh atau remeh dari rakan kerja anda?

Jika anda sering mendapatkan mood yang buruk hanya kerana usikan dan gurauan rakan kerja anda, itulah tanda anda harus mengambil rehat sejenak.

Kalau dibiarkan saja, anda akan menjadi orang yang semakin mudah stress dan bekerja pun tidak proaktif.

Kehilangan motivasi dan cita-cita

Ketika anda merasa bahagia dan bermotivasi, anda akan bekerja dengan giat. Tetapi ketika motivasi dan cita-cita itu hilang, ia adalah masa anda untuk mencari motivasi yang baru dalam hidup anda.

Luangkan waktu sejenak, pergilah ke tempat yang belum pernah anda kunjungi sebelum ini, dan cuba untuk melihat kembali hidup anda dan impian-impian besar anda.

Mudah hilang fokus

Pernahkan anda menatap skrin komputer dan tulisan kelihatan kabur? Atau mungkin anda menghabiskan sebahagian waktu kerja anda untuk melakukan hal-hal yang tak bermanfaat?

Itu boleh menjadi tanda bahawa anda sudah kehilangan fokus. Dan untuk mengembalikan kemampuan anda untuk fokus, lakukan ulang kaji otak dan fikiran anda.

Bekerja setiap hari memang baik dan boleh membuat anda untuk tetap produktif. Tapi jangan lupa untuk mengambil masa rehat dan bercuti supaya hidup akan terasa lebih ringan dan seimbang.

BACA INI JUGA: Hidung Sering Tersumbat Mungkin Petanda Kanser?

Sumber: wom

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mCIUMr



✍ Sumber : ☕ SentiasaPanas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.