Tiada Kelibat Ozil Di Anfield
MESUT Ozil. – Foto Reuters
LONDON: Mesut Ozil berkemungkinan tidak berada dalam skuad Arsenal ketika berkunjung ke Liverpool bagi aksi menarik Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi ini susulan dijangkiti selsema.
Ozil diarahkan untuk pulang ke kediamannya dari pusat latihan pasukan oleh doktor kelab itu kerana tidak sihat dengan Arsene Wenger ketika sidang media sebelum perlawanan berkata pemain berusia 28 itu “sepatutnya ok” bagi aksi penting berkenaan.
Begitupun, perancang tengah Jerman itu dinasihati untuk berehat dan menjalani pemulihan di rumah tetapi sepatutnya bersedia menghadapi aksi peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich, minggu depan.
Arsenal ketinggalan secara agregat 5-1 pada aksi timbal balik berkenaan bertemu gergasi Jerman itu.
Ozil yang juga bekas pemain Real Madrid sudah menjaringkan sembilan gol dan melakukan lapan umpanan sepanjang 29 penampilan musim ini.
Kemenangan di Anfield akan merapatkan jurang Gunners dengan pendahulu liga, Chelsea kepada 10 mata dan membawa Arsenal ke tangga kedua liga kerana Tottenham dan Manchester City hanya akan turun beraksi esok. – Agensi
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lGnkBT✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment