Hi! Welcome Back and Stay Tune! Guardiola Enggan Bincang Kedudukan Aguero - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Guardiola Enggan Bincang Kedudukan Aguero

BOS Manchester City, Pep Guardiola. – Foto Reuters

LONDON: Bos Manchester City, Pep Guardiola berang dan enggan mengulas lanjut mengenai masa depan penyerang skuad itu Sergio Aguero.

Penyerang utama City itu melihat tempatnya dalam skuad utama semakin terancam selepas kehadiran bintang remaja sensasi, Gabriel Jesus.

Kecederaan pemain muda Brazil itu membolehkan Aguero kembali dalam skuad utama dan dia membalasnya dengan aksi cemerlang ketika berdepan Huddersfield dalam saingan Piala FA, Khamis lalu.

Namun, Aguero mengakui selepas perlawanan itu dia mahu berbincang dengan Guardiola untuk mendapat penjelasan berkenaan masa depannya.

Bagaimanapun, bos City itu tampak tidak berminat untuk bercakap mengenai isu terbabit.

Guardiola berkata: “Saya sudah 10 kali jelaskan mengenai perkara itu. Sepuluh kali. Anda tahu apa yang saya fikirkan. Saya tidak boleh menjawab mengenai Sergio Aguero pada setiap kali sidang akhbar.

“Dia sangat gembira, saya juga gembira. Kami gembira. Sepuluh kali saya menjawab. Tolong jangan ulang lagi.”

Skuad Guardiola akan berkunjung ke Sunderland, esok untuk aksi seterusnya dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Begitupun mereka bakal beraksi tanpa ketua pasukan Vincent Kompany yang dibelenggu kecederaan ringan terbaru.

Guardiola berkata: “Ia tidak akan menjadi mudah untuk Vincent, saya memahami sepenuhnya, kerana apa yang berlaku adalah dalam sesi latihan, tiada apa-apa, ia tidak serius.” – Agensi

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2loRQVF

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.