Hi! Welcome Back and Stay Tune! Liverpool Akan Berbelanja Hujung Musim Ini – Jurgen Klopp - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Liverpool Akan Berbelanja Hujung Musim Ini – Jurgen Klopp

JURGEN KLOPP menegaskan Liverpool tidak akan teragak-agak untuk berbelanja besar hujung musim ini demi mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim depan.

Liverpool dilihat antara pencabar Chelsea dalam perebutan kejuaraan awal musim ini, sebelum beberapa aksi hambar memasuki tahun 2017 hingga meletakkan mereka di tangga kelima.

Klopp mahu mengelakkan perkara sama berlaku bagi musim 2017-18 dan telah berikrar untuk membawa masuk muka baharu bagi mengukuhkan pasukan.

“Kami perlu membuat pembelian yang tepat.

“Jika kami beraksi pada tahap terbaik, tiada sesiapa yang meminta kami untuk membeli pemain tetapi jika tidak, semua pihak mahu kami melakukan sesuatu.

“Itu adalah senario yang kami hadapi ketika ini dan itulah yang akan kami lakukan, kami akan membelanjakan wang hujung musim ini,” ujar Klopp.

Liverpool membawa masuk Sadio Mane, Georginio Wijnaldum serta Joel Matip tahun lalu dan Klopp mengakui pembelian pemain tidak bergantung kepada kekuatan kewangan semata-mata.

“Ia bukan tentang duit — kami boleh melamar sesiapa sahaja — tetapi jika mahukan pemain terbaik, kami perlu menyaingi kelab besar seperti Barcelona atau pasukan lain,” tambah Klopp.

“Ada sesetengah pemain yang lebih gemar hidup di London, Manchester atau Liverpool, jadi kami perlu membuat keputusan yang tepat.

“Sudah tentu akan ada muka baharu musim depan, itu perkara biasa,” ujarnya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mXcdWh

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.