Wanita Bosan Bujang Kahwin Dengan Diri Sendiri
Di Rotherham, Britain, dek kerana bosan hidup membujang, seorang wanita merancang untuk berkahwin dengan dirinya sendiri.
Lynnen Gollogly, 39, berkata, selepas lama hidup membujang, dia tiada keinginan untuk menjalinkan sebarang hubungan dan gembira hidup seorang diri.
Advertisement
“Saya pernah bertunang sebelum ini tetapi ia keputusan bodoh dan akhirnya tiada apa yang berlaku.
“Saya juga tidak mahu terus berkahwin dengan mana-mana lelaki semata-mata untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat,” katanya.
Menurutnya, dia merancang melangsungkan perkahwinan dengan dirinya pada April ini, malah sudah membeli gaun pengantin untuk majlis berkenaan.
Lynnen juga mahu majlis itu berlangsung seperti perkahwinan sebenar yang lengkap dengan majlis angkat sumpah, tetamu, parti dan berbulan madu.
Walaupun dia tidak boleh mendaftarkan perkahwinan itu secara sah, Lynnen berharap majlis itu akan diingati sampai bila-bila.
“Saya mahu majlis ini menjadi sesuatu yang penting dan berharga,” jelasnya.
Kata Lynnen, keluarganya tidak menghalang apabila dia memberitahu mereka mengenai hasratnya untuk berkahwin dengan diri sendiri.
SUMBER
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lGdEHy✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment