Hi! Welcome Back and Stay Tune! Digelar Projek ‘gajah Putih’ Oleh Nazri Aziz, Inilah Jasa Proton Kepada Rakyat Dan Negara Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Digelar Projek ‘gajah Putih’ Oleh Nazri Aziz, Inilah Jasa Proton Kepada Rakyat Dan Negara Malaysia

Beberapa hari lepas, Nazri Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan menyifatkan Proton telah gagal dan hanya menjadi projek gajah putih Tun Dr Mahathir Mohamad.

Nazri mengatakan bahawa Proton gagal kerana setiap tahun Proton meminta bantuan daripada kerajaan untuk terus kekal beroperasi.

“Ini yang kita warisi daripada beliau. Ini projek gajah putih,” kata Nazri dalam satu sidang media mengulas kritikan Mahathir terhadap rancangan untuk menjual pegangan majoriti Proton kepada pengeluar kereta China, Geely Automobile Holdings.

Nazri berkata langkah itu perlu kerana kerajaan tidak lagi mampu menyokong Proton.

Namun, adakah benar gelaran ‘gajah putih’ oleh Nazri itu, yang membawa maksud perkara atau sesuatu yang sia-sia dan tidak mendatangkan hasil. Adakah Proton sia-sia dan tidak memberi sebarang faedah langsung?

Dalam tulisan di blognya pada April 2016 iaitu sejurus selepas mengundurkan diri sebagai Pengerusi Proton, Tun Mahathir Mohamad ada menyenaraikan pemberian kerajaan kepada syarikat kereta nasional itu serta perbandingan dengan sumbangan Proton kepada kerajaan.

Pemberian kerajaan kepada Proton ialah:

– RM1,320 juta dalam bentuk insentif cukai yang juga layak diterima oleh kereta lain.

– RM773.8 juta dalam bentuk geran penyelidikan dan pembangunan, geran khas, pakej rangsangan yang turut dinikmati oleh pengeluar automitif lain.

– RM12,532.6 juta insentif khusus yang turut dinikmati oleh pemain industri automotif

– secara keseluruhannya bermula 1985 sehingga kini, sumbangan kerajaan kepada Proton ialah sebanyak RM14,631.4 juta.

Sumbangan Proton kepada kerajaan pula ialah:

– duti eksais sejak 1985 hingga sekarang berjumlah RM11,785 juta.

– cukai jualan sejak 1985 hingga sekarang sebanyak RM9,470 juta.

– cukai korporat sejak 1985 hingga sekarang sebanyak RM1,410 juta.

– duti import sejak 1985 hingga 2008 ialah RM1,403 juta.

– cukai GST sejak 1 April 2015 sebanyak RM28 juta.

– secara keseluruhannya sumbangan Proton kepada kerajaan sejak 1985 hingga sekarang ialah sejumlah RM24,095 juta.

Bermakna, sumbangan Proton kepada kerajaan ialah RM24,095 juta berbanding pemberian kerajaan kepada Proton sebanyak RM14,631.4 juta.

Sebagai tambahan, kata Tun Mahathir lagi dalam tulisan di blognya itu, Proton juga telah menyediakan 12,000 peluang pekerjaan secara langsung dan 250,000 lagi secara tidak langsung kepada rakyat Malaysia.

Berbanding Nazri Aziz, sejak beliau berada dalam kerajaan bermula ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri sehinggalah sekarang, berapa banyakkah pemberian kerajaan dari segi gaji, elaun dan kemudahan-kemudahan lain kepadanya?

Apa pula sumbangan Nazri kepada kerajaan yang boleh rakyat ingati sehingga sekarang?

Agak-agak antara pemberian kerajaan kepada Nazri dengan sumbangannya kepada kerajaan sebagai menteri, mana satu yang lebih besar?

Antara Nazri dengan Proton yang diilhamkan oleh Tun Mahathir, siapa sebenarnya gajah putih?

SumberShahbudin

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lGlNeZ

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.