Hi! Welcome Back and Stay Tune! Teaser Hyundai Kona Disiarkan – Bakal Cabar Honda HR-V Dan Toyota C-HR Dalam Pasaran SUV Segmen-B - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Teaser Hyundai Kona Disiarkan – Bakal Cabar Honda HR-V Dan Toyota C-HR Dalam Pasaran SUV Segmen-B

Nampaknya bukan Toyota C-HR sahaja yang perlu disaingi oleh Honda HR-V dan Mazda CX-3 dalam pasaran SUV “sub-kompak” global (segmen-B di Malaysia), kerana Hyundai telahpun secara rasmi mengumumkan wakil mereka untuk masuk ke pasaran tersebut dengan model digelar Hyundai Kona.

Pengumuman berkenaan hadir bersama teaser yang menayangkan lampu nyalaan siang LED dan lampu isyarat membelok yang direka tirus seolah lampu utama. Jika dilihat pada foto spyshot yang kami siarkan sebelum ini, lampu utama SUV ini diletakkan pada bahagian bawah – seperti gaya yang ditampilkan oleh Citroen, Nissan Juke dan juga Jeep Cherokee. Foto spyshot berkenaan juga turut mendedahkan SUV ini turut diberikan gril “cascading” seperti i30 baharu.

Seperti juga model-model SUV Hyundai lain, nama model baharu ini diambil dari nama tempat di Amerika – Kona merupakan satu daerah di Kepulauan Hawaii, dan ia menggambarkan imej energetik serta gaya hidup yang unik. Kona juga akan diletakkan di bawah Tucson dan Santa Fe dalam barisan SUV Hyundai.

Hyundai sebenarnya telah pun mempunyai SUV sub-kompak Creta/ix25 yang hanya dijual di India dan China. Untuk Kona, ia direka dengan penggayaan berbeza dan rupa yang lebih garang, menampilkan “gaya progresif yang menggambarkan gaya hidup pelanggan moden”, menurut Hyundai dan menambah ia adalah “SUV sebenar”. Hyundai turut mendedahkan mereka telah menjual sebanyak lebih dari 1.4 juta unit SUV sejak 2001.

Berdasarkan imej spyshot sebelum ini juga dapat dilihat bahagian sisi Kona direka lebih sporty dari Creta, dengan bahagian belakang lebih landai yang mungkin mengorbankan sedikit praktikaliti. Lampu belakang juga dilihat menggunakan unit LED dan turut diberikan skid plate SUV tipikal. Boleh dijangkakan, Kona dihasilkan dari platform yang sama denga Creta dan dijana barisan enjin T-GDI dan CRDI Hyundai.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2osiFcz

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



loading...
//

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.