Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dilabel Sebagai Lelaki Terhodoh Oleh Keluarga Sendiri Dan Rakan Sekolah, Lelaki Ini Tidak Putus Asa Dan Kini Menjadi Sumber Inspirasi Orang Ramai - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dilabel Sebagai Lelaki Terhodoh Oleh Keluarga Sendiri Dan Rakan Sekolah, Lelaki Ini Tidak Putus Asa Dan Kini Menjadi Sumber Inspirasi Orang Ramai

Zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling dirindui oleh semua orang. Kerana zaman inilah zaman yang penuh dengan kegembiraan tanpa memikirkan sebarang masalah. Tapi, mampukah korang bayangkan nasib kanak-kanak yang tidak dapat merasai nikmat kegembiraan yang kita telah lalui?

Tapi boleh korang bayangkan satu lagi situasi, sekiranya korang diabaikan oleh ibu bapa kandung sendiri kerana dilahirkan dengan wajah korang yang ‘terlalu hodoh’? Kesedihan ini pasti akan menyelubungi sepanjang hayat korang.

Namun, perkara ini bukan rekaan semata-mata tetapi benar-benar terjadi kepada seseorang yang kelahirannya di dunia ini tidak diterima oleh kedua-dua ibu bapanya.

Jono Lancaster, 33 tahun dilahirkan dengan sindrom Treacher Collins iaitu gangguan genetik yang mengakibatkan keterjejasan pertumbuhan tulang wajah ketika bayi masih di dalam kandungan. Disebabkan berlaku gangguan tersebut, maka bayi tidak memiliki tulang pipi lantas menyebabkan kedudukan mata menjadi ke bawah.

Selain itu, mereka yang menghidap sindrom ini turut mengalami masalah pendengaran dan pemakanan. Akan tetapi, mereka memiliki tahap kepintaran sama seperti kanak-kanak normal dan boleh membesar dengan sempurna.

33 tahun lalu, Jono telah ditinggalkan di pusat kebajikan sosial oleh kedua ibu bapanya 36 jam selepas detik kelahirannya. Kemudian, seorang wanita yang dikenali sebagai Jean Lancaster telah mengambil dia sebagai anak angkat dan bertekad mahu menjaga serta membesarkannya.

Ketika Jono bersekolah, dia mula merasakan bahawa dia kelihatan lain daripada rakan-rakan sebayanya. Rakan-rakan sekolahnya sering menjauhkan diri dan menyatakan bahawa mereka tidak mahu dijangkiti ‘penyakitnya’.

“Saya selalu pendamkan segala perasaan tidak gembira daripada ibu. Ibu telah banyak berkorban untuk saya,” ujar Jono kepada BBC dalam sebuah temubual.

Ketika Jono meningkat remaja, dia menjadi seorang remaja yang sering memberontak. Dia akan melakukan pelbagai perkara untuk menarik perhatian bagi menghalang orang lain daripada memfokuskan kepada aspek fizikalnya. Sebagai contoh, Jono akan memberikan gula-gula kepada rakan supaya mereka akan sukakannya. Jono juga sering minum minuman keras demi untuk mendapat perhatian dari rakan-rakan sebayanya.

Saya sering berasa keseorangan

Saya terdesak untuk mendapat kawan. Saya sanggup melakukan apa sahaja seperti membeli gula-gula dan memberikannya kepada rakan-rakan supaya mereka mahu berkawan dengan saya.

Kemudian ketika Jono berumur 19 tahun, pengurus bar yang sering dikunjungi Jono telah menawarkan pekerjaan kepadanya. Jono menyatakan bahawa dia sentiasa gementar setiap kali sebelum memulakan kerja.

“Saya sangat gementar dan takut untuk berdepan dengan orang ramai. Saya takut akan reaksi mereka bila melihat muka saya. Ianya bukan perkara yang mudah pada awalnya, tapi tidak lama selepas itu saya bertemu dengan ramai orang yang ikhlas menerima saya dan wajah saya”.

Di samping itu, Jono juga mengambil diploma di dalam bidang sains sukan dan menjadi jurulatih kecergasan. Jono bekerja di sebuah gimnasium dan di situ, dia bertemu dengan seorang wanita yang sangat cantik bernama Laura dan jatuh hati padanya.

Saya merasa sungguh selesa berada di samping Laura. Dia terima saya seadanya

Jono dan Laura juga bersama-sama membeli sebuah rumah di Normanton, West Yorkshire. Pasangan tersebut mempunyai kehidupan yang sangat sibuk. Jono kini bekerja sebagai ketua pasukan bagi individu autisme. Dia sentiasa percaya akan hikmah di sebalik setiap perkara yang berlaku di dalam hidupnya.

Kini, Jono juga sangat aktif di dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang sindrom Treachers Collins dan bagaimana untuk berhadapan dengannya.

Sehingga kini, ibu bapa Jono masih tidak mahu mengakui Jono sebagai anak. Tetapi, Jono tetap redha dan terima hakikat tersebut walaupun pahit. Dia berhadapan dengan pelbagai cabaran sosial namun dia percaya hati yang suci mampu mengubah minda orang lain terhadap dirinya. Mungkin Jono pernah berasa geram dengan nasib yang menimpanya tetapi kini, dia telah menemui dirinya yang sebenar.

Jono juga mendapat banyak tawaran daripada doktor bedah terkemuka untuk beliau menjalankan pembedahan kosmetik, tetapi kesemua tawaran tersebut ditolak. Jono ternyata amat bersyukur dan berbangga kerana dijadikan Tuhan seperti itu.

Kesabaran Jono menempuhi saat-saat pahit berlawan dengan diri sendiri memberi inspirasi kepada orang ramai. Beliau tidak membenarkan ketidaksempurnaan fizikalnya mengganggu segala potensi yang dia miliki.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2oPCKFV

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



loading...
//

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.