(Video) Bukan Muntah Budak, Tapi Muntah Orang Dewasa Sebab Mabuk, Pelita Nasi Kandar Tampil Perjelas Isu Cas RM15 Cuci Muntah
Sejak beberapa hari lalu menjadi viral di laman sosial kononnya restoran nasi kandar Pelita Jalan Ampang telah mengenakan cas RM15 kepada pelanggannya yang anaknya muntah.
Gambar sekeping resit yang memaparkan cas itu telah berlegar di media sosial sehingga mencetuskan kemarahan netizen yang tidak berpuas hati.
Rupa-rupanya apa yang disebarkan berkenaana dalah fitnah dan tidak betul, menurut pihak Pelita nasi kandar, sebenarnya yang muntah berkenaan adalah seorang pelanggan dewasa yang mabuk.
Pelanggan berkenaan telah muntah di dalam pinggan dan meja menyebabkan pekerjanya perlu mencuci muntah berkenaan.
Mereka menegaskan tidak mengenakan sebarang cas jika yang muntah itu adalah seorang kanak-kanak seperti yang tersebar di media sosial.
Seorang lelaki yang mengaku teman lelaki kepada wanita yang muntah berkenaan telah tampil membuat penjelasan mengenaik perkara ini.
Menurut beliau, teman wanitanya itu sekadar bergurau memuatnaik gambar berkenaan ke Facebook untuk dikongsikan kepada rakan-rakannya namun telah dicuri oleh seseorang dan memanipulasi gambar resit berkenaan.
Beliau menegaskan, pihaknya tidak pernah sama sekali memfitnah pihak Pelita nasi kandar, tetapi gambar telah dimanipulasi oleh orang lain dengan memuatnaik gambar dan kepsyen dengan tujuan memburukkan.
Laporan polis telah dibuat oleh pihak Pelita Nasi Kandar berserta rakaman CCTV.
Kredit Video: Penang Kini
– Siakapkeli.my
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nNtmDr✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment