Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pesalah Pedofilia Perlu Didaftar Dalam Daftar Pelaku Jenayah Kanak-Kanak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pesalah Pedofilia Perlu Didaftar Dalam Daftar Pelaku Jenayah Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR: Pesalah jenayah pedofilia dicadangkan untuk didaftarkan di dalam Daftar Pelaku Jenayah Kanak-Kanak selepas mereka tamat menjalankan hukuman.

Ahli Parlimen Kuala Selangor (BN), Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata, mereka juga perlu diletakkan dalam pengawasan serta melapor setiap bulan kepada polis.

Tegasnya, ia bertujuan supaya pergerakan mereka dapat direkodkan.

“Selain itu juga, mereka tidak dibenarkan berada dalam lingkungan 1,000 kaki dari kawasan sekolah, taman permainan  kanak-kanak dan pusat penjagaan kanak-kanak.

“Dalam pada masa yang sama mereka juga dilarang bekerja dalam sektor yang melibatkan kanak-kanak bagi mengelakkan mereka melakukan jenayah yang sama,” katanya semasa membahaskan usul Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 di sini hari ini.

Pada 24 Mac lepas, kerajaan meluluskan cadangan Rang Undang-undang Kesalahan-ke­salahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 bagi menangani kes membabitkan jenayah seksual terhadap golongan itu di negara ini.

Dalam pada itu tegas Irmohizam, rang undang-undang baharu itu berupaya bertindak sebagai langkah pencegahan dan hukuman kepada pelaku jenayah yang bersifat komprehensif dan inklusif.

“Sungguhpun kita telah mempunyai beberapa undang-undang untuk melindungi kanak-kanak, namun saya melihat rang undang-undang ini sebagai suatu undang-undang yang sesuai dengan kehendak hari ini.

“Melihat kepada keseluruhan peruntukan rang undang-undang ini, saya yakin ia mampu melumpuhkan kesalahan jenayah seksual kepada kanak-kanak,” jelasnya.

Berdasarkan laporan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 184 kes jenayah seksual telah dilaporkan pada tahun 2015.

Daripada jumlah itu, 138 kes adalah melibatkan mangsa yang berkenalan melalui Wechat, Facebook (35 kes), dan selebihnya melalui WhatsApp serta Beetalk.

Manakala pada bulan Januari sehingga Mei 2016, sebanyak 63 kes telah dicatatkan.

Daripada jumlah itu, 138 kes adalah melibatkan mangsa yang berkenalan melalui Wechat, Facebook (35 kes), dan selebihnya melalui WhatsApp serta Beetalk.

Manakala pada bulan Januari sehingga Mei 2016, sebanyak 63 kes telah dicatatkan.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2osgZzm

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



loading...
//

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.