Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sewa Kediaman Jangka Panjang Hanya Opsyen Bagi Rakyat Malaysia – Johari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sewa Kediaman Jangka Panjang Hanya Opsyen Bagi Rakyat Malaysia – Johari

KUALA LUMPUR: Konsep menyewa penginapan untuk jangka panjang merupakan antara idea yang boleh dipertimbangkan oleh rakyat Malaysia bagi perumahan keluarga, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Katanya, beliau telah salah digambarkan dalam video pendek oleh portal dalam talian, sebagai menggesa rakyat Malaysia supaya tidak membeli rumah, sebaliknya menggalakkan mereka untuk terus menyewa.

“Saya hanya menyuarakan idea mengenai penyewaan rumah atau penginapan rakyat sehinggalah mereka sudah benar-benar bersedia untuk mengambil tanggungjawab kewangan yang besar itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Johari berkata matlamat akhirnya ialah rakyat Malaysia perlu menilai sendiri gaya hidup mereka untuk melihat cara terbaik untuk menjadi sebahagian daripada kemajuan negara.

“Bagi kerajaan, kami akan terus menggalakkan pemaju membina lebih banyak rumah mampu milik dan menjayakan konsep bina dan milik,” katanya.

Beliau juga menjelaskan bahawa tidak ada stigma penyewaan penginapan untuk keluarga bagi sepanjang hayat seseorang, kerana mereka tidak akan dibebani kewangan untuk membayar balik jika memiliki rumah.

Sudah menjadi budaya dalam kalangan rakyat apabila mula bekerja, sudah pasti melalui dua beban kewangan yang besar, iaitu pembelian kereta dan rumah.

“Walaupun komitmen kewangan untuk kereta sehingga sembilan tahun, bayaran rumah boleh berlarutan sehingga 30 tahun.

Rakyat Malaysia terlalu mengikat diri mereka kepada beban kewangan sejak peringkat awal kehidupan mereka, sedangkan sepatutnya mereka benar-benar dan ideal perlu menumpukan perhatian kepada membangunkan kerjaya,” kata Johari.

Beliau memetik contoh negara maju di Eropah, di mana peratusan pemilikan rumah jauh lebih rendah berbanding di Malaysia, memandangkan minda pemikiran budaya yang berbeza.

Di Jerman, peratusan penduduk yang memilik rumah hanya 41 peratus, manakala di Switzerland angkanya lebih rendah pada 38 peratus.

“Jika kita ingin merealisasikan aspirasi TN50, sebahagian daripada proses itu kita perlu, mengubah pandangan hidup dan cara kita bertindak,” katanya.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nQBdBw

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



loading...
//

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.