Airbus Mengumumkan Projek E-Fan X – Pesawat Kecil Berkuasa Elekrtik
Pada tahun 2014 Airbus berjaya menguji pesawat E-Fan 1.0. Pesawat ini unik kerana ia menggunakan kuasa elektrik sepenuhnya. E-Fan 1.0 berjaya merentasi Selat Inggeris dan diperkasakan oleh dua enjin elektrik dengan kuasa 30 kW. Pada awalnya Airbus bercadang menjual E-Fan yang mampu membawa penumpang ini menjelang 2017. Menyedari perkembangan teknologi enjin elektrik yang semakin pantas, projek E-Fan dibubarkan dan digantikan pula dengan E-Fan X.
E-Fan X ialah pesawat yang lebih besar dan diperkasakan oleh dua enjin elektrik berkuasa 2 MW yang mensasarkan produksi dalam masa dua tahun. E-Fan X akan menjadi baju loncatan kepada pembangunan pesawat penumpang komersial elektrik sepenuhnya.
Untuk menjadikan ini realiti, sebuah enjin elektrik berkuasa di antara 20-40 MW perlu dihasilkan terlebih dahulu. Dengan penggunaan enjin elektrik, Airbus berharap pencemaran udara dan bunyi yang dihasilkan oleh enjin jet sedia ada dapat dihapuskan.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nNte6E✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment