Hi! Welcome Back and Stay Tune! PBNP Enggan Ulas Isu Tiada Semangat Kesukanan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PBNP Enggan Ulas Isu Tiada Semangat Kesukanan

KUANTAN: Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) enggan mengulas dakwaan pihaknya tidak mempamerkan semangat kesukanan tinggi ketika melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi suku akhir Piala FA di Stadium Darul Makmur, Sabtu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Perlawanan PBNP, Raja Mustafa Shah Raja Abdul Jalil Shah berkata, pihaknya hanya menunggu laporan penuh dan rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung dakwaan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

“Sebarang kenyataan akan diumumkan selepas mendapat laporan rasmi FAM mengenai perlawanan suku akhir pertama piala itu.

“Setakat ini PBNP belum menerima laporan penuh (rasmi) daripada pihak berkenaan (FAM)… jadi, kami akan tunggu dulu sehingga terima laporan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) semalam, Pahang bakal berdepan tindakan tegas selepas didakwa tidak mempamerkan semangat kesukanan tinggi pada aksi yang berlangsung di Stadium Darul Makmur.

Berdasarkan kenyataan itu, FMLLP mendakwa menerima laporan kononnya pasukan tuan rumah tidak memainkan lagu rasmi negeri Johor serta tidak membenarkan penyokong lawan memasuki stadium.

Malah FMLLP juga menerima aduan kemudahan media disediakan tidak mencapai standard minimum pertandingan.

Pada aksi suku akhir pertama itu, skuad bimbingan Dollah Salleh mencatat kemenangan 3-1 ke atas Johor DT dan kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi pada 23 April ini.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2os8a9f

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



loading...
//

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.