Dosa Seorang Perempuan Yang Suka Mempamerkan Barang Perhiasan
Perhiasan pasti serasi dengan jiwa seorang perempuan. Seperti kita ketahui perempuan sangat menyukai perhiasan sama ada di rumah atau perhiasan diri. Perhiasan seperti emas, perak, bahkan perhiasan paling mahal seperti berlian sebahagian perempuan kaya juga memilikinya. Kerana kebanyakan perempuan ingin kelihatan cantik dihadapan orang lain, teman-temannya dengan memakai perhiasan-perhiasan tersebut.
Meskipun demikian sekarang ada lelaki yang gemar memakai perhiasan seperti seorang perempuan juga.
Pada hakikatnya tidak ada larangan bagi perempuan untuk memakai perhiasan. Dan tidak ada aturan khusus dalam agama Islam tentang memakai perhiasan untuk seorang perempuan. Berbeza dengan lelaki sudah jelas diharamkan memakai emas. Namun, sebaiknya bagi perempuan yang memiliki banyak perhiasan jangan terlalu mempamerkannya.
Tabiat perempuan memakai perhiasan sudah ada sejak zaman Rasulullah SAW. Pada saat itu ada beberapa perempuan yang mempamerkan perhiasan pada perempuan lain. Rasulullah SAW melarang perbuatan demikian. Hal ini terdapat dalam hadis yang ertinya :
“Jika kalian ingin mengenakan perhiasan syurga dan kain sutra-Nya, maka janganlah kalian memakainya di dunia.” (HR. Nasa’i).
Dalam hadis lain Rasulullah SAW juga melarang perempuan yang mempamerkan perhiasan pada kaum lelaki. Hal ini ada dalam hadis yang ertinya :
“Wahai kaum perempuan, tidakkah kalian itu memakai perhiasan perak. Sesungguhnya, tidak ada seorang perempuan yang memakai perhiasan emas kemudian ditampakkan (didepan orang lelaki), kecuali perempuan itu akan disiksa oleh Allah kerananya.” (HR. Nasa’i).
Islam tidak melarang perempuan memakai perhiasan. Namun Islam melarang para perempuan yang memakai perhiasan tetapi cenderung untuk mempamerkan baik pada perempuan lain ataupun pada kaum lelaki. Hal tersebut sudah jelas dari kedua hadis diatas. Sebagai perempuan pakailah perhiasan yang biasa-biasa saja tidak berlebihan, seperti memakai cincin emas, kalung emas dan gelang tangan. Jangan sampai memakai kesemua barang kemas yang ada kerana itu termasuk berlebihan.
Jika anda sebagai perempuan mempamerkan perhiasan pada perempuan lain, apakah anda tidak berfikir bagaimana jika yang melihat tersebut seorang perempuan yang tidak memiliki banyak wang untuk membeli emas. Tentu kerana perhiasan anda tersebut membuat ia sedih kerana tidak memilikinya. Alangkah indah jika tidak riak dalam hal perhiasan di dunia.
Selain itu, memakai perhiasan berlebihan juga menjadi sasaran penjahat seperti rompakan dan kecurian. Jadi sebaiknya tetap ditekankan lagi jangan sampai terlalu memakai perhiasan berlebihan. Jika niatnya untuk pamer, berhenti memakainya, ingat azab Allah SWT.
Jadilah seorang perempuan yang solehah dan taat kepada Allah SWT dan pada suami. Insya Allah nanti akan diberikan perhiasan yang banyak di Syurga Allah. Amin
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2osiaiP✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment