Ketahui 8 Kesilapan Yang Selalu Dilakukan Ketika Memasak
Ramai yang menyangkakan, memasak adalah suatu perkara yang mudah. Lelaki terutamanya sering memandang remeh dalam hal-hal masakan ini. Namun, masih
Biasanya, aktiviti memasak ini melibatkan kerja menyiang dan memotong daging, bawang dan sebagainya. Kerja-kerja ini sangat memenatkan, ditambah pula bahang api dapur yang membuat seseorang yang sedang masak menjadi tertekan. Tidak hairanlah mengapa kaum ibu terutamanya sering menjadi berang ketika di dapur kerana bukan mudah nak hasilkan makanan yang sedap.
Namun, masih ramai orang yang sering lakukan kesilapan yang sama setiap kali memasak. Kami di OMM telah menyenaraikan antara 8 kesilapan tersebut di bawah. Jom lihat:
Daging yang masih beku jika terus dimasak tanpa dicairkan terlebih dahulu, daging tersebut mungkin kelihatan garing diluar tetapi masih mentah di dalam.
Kuali seharusnya dipanaskan terlebih dahulu sekurang-kurangnya 2 minit. Ini akan menjadikan tekstur makanan lebih sedap dan lembut.
Biarkan daging tersebut di atas kuali lama sedikit sebelum diterbalikkan. Bila terlalu kerap alihkan daging, akan menyebabkan daging tersebut menjadi terlalu kering dan hancur.
Daging yang baru dimasak perlu tunggu 5 minit sebelum dihidangkan. Ini akan membantu rasa jus daging tersebut sebati dengan bahan-bahan perapan.
Terlalu banyak bahan di dalam kuali ini akan menyebabkan makanan tersebut tidak dimasak dengan cukup garing. Jadi, tuang bahan-bahan masakan sedikit demi sedikit supaya kesemua bahan tersebut dimasak dengan sempurna.
Kuali jenis tidak melekat (non-sticky pan) biasanya kurang panas daripada kuali biasa. Biasanya, kuali ini sesuai untuk goreng telur dan lempeng. Untuk daging pula, lebih sesuai jika dimasak menggunakan kuali biasa.
Minyak zaitun biasanya digunakan untuk melembutkan dan melicinkan makanan seperti salad dan pasta berkuah. Jika minyak zaitun digunakan pada suhu yang tinggi, akan menyebabkan minyak tersebut hilang zat dan dan nutrien.
Bawang putih antara bahan yang mudah garing kerana kandungan air yang terlalu sedikit berbanding sayuran lain. Disyorkan, supaya bawang putih dituangkan pada hujung masakan, atau 2-3 minit selepas bahan-bahan lain dimasukkan ke dalam kuali.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ne5Mml✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment