Vivian-Khe Wei Tak Akan Dipisahkan – Pei Tty
Wong Pei Tty
KUCHING: Jurulatih beregu wanita, Wong Pei Tty menegaskan sekarang bukan masa yang sesuai untuk memisahkan Vivian Hoo-Woon Khe Wei kerana kedua-dua pemain itu masih gandingan terbaik dimiliki Malaysia ketika ini.
Pei Tty, berkata jurang yang terlalu jauh antara pemain senior dan pemain muda menyukarkan dia untuk membentuk kombinasi baharu selain ia memerlukan masa yang lama untuk mereka menghasilkan keputusan positif.
“Jika kamu semua masih ingat, saya pernah cuba beberapa gandingan baharu ketika saingan Malaysia Master (di Sibu, Sarawak, Januari lalu). Saya gandingkan beberapa pemain muda dengan pemain senior tetapi ia tidak menjadi kerana jurang antara mereka terlalu jauh.
“Lagipun, jika saya membentuk kombinasi baharu, saya perlukan dua atau tiga tahun untuk mempersiapkan mereka. Jadi, buat masa sekarang ia bukan masa yang sesuai untuk memecahkan gandingan Vivian-Khe Wei kerana mereka masih yang terbaik.
“Walaupun Vivian-Khe Wei masih belum menghasilkan keputusan yang positif namun sebenarnya ada peningkatan dalam corak permainan mereka. Ini susulan beberapa perubahan yang dilakukan dan kami kini sedang bekerjasama dengan pakar psikologi untuk menguatkan lagi mental mereka,” kata Pei Tty ketika ditemui hari ini.
BH Sukan hari ini melaporkan barisan kejurulatihan beregu wanita negara seharusnya membuat penilaian ke atas Vivian-Khe Wei sama ada mereka masih relevan atau sebaliknya untuk kekal sebagai gandingan kerana sejak menjuarai Grand Prix Emas Indonesia pada 2011 – gelaran pertama dan terakhir – mereka sehingga kini masih gagal mencetuskan impak positif biarpun berada dalam kelompok 15 terbaik dunia.
Pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2014 itu ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama Terbuka Malaysia, semalam selepas tewas kepada Bao Yixin-Yu Xiaohan dari China 21-13, 17-21, 26-28 di Stadium Perpaduan Kuching.
Ditanya berapa lama tempoh yang akan diberikan kepada Vivian-Khe Wei untuk sekurang-kurangnya memenangi satu gelaran juara, Pei Tty berkata: “Ketika mereka menjadi juara di Indonesia, tiada siapa yang jangka dan ia memang satu kejutan.
“Macam saya dengan (Chin) Eei Hui dulu kami berbeza. Kami terpaksa memburu gelaran juara dan hanya mula meraihnya empat tahun sebelum kami bersara.
“Jadi, situasi, dengan Vivian-Khe Wei berbeza, mereka sudah menang dan perlu menang lagi.
“Namun, saya tidak mahu mereka mengalah kerana apa pun mereka perlu hadapi perkara ini.
“Sekurang-kurangnya perlu dapat satu gelaran. Bila saya tidak boleh tetapkan tetapi saya tahu mereka juga bekerja keras untuk menjadi juara,” katanya.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nNyMxq✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment