Video ‘Hijabi’ Luahan Muslimah Amerika Jadi Viral
Ketika Islamofobia semakin menjadi isu hangat di beberapa negara-negara barat, seorang wanita kacukan Syria-Amerika dikenali sebagai Mona Haydar menghasilkan lagu berentak rap tentang pengalaman perempuan yang memakai hijab.
Menerusi lagu yang diberi judul Hijabi itu Haydar menyelitkan tentang persoalan yang sering dihadapi oleh wanita berhijab serta diskriminasi yang masih mereka lalui. Muzik video lagu itu menampilkan para kaum hawa dengan pelbagai karakter diri.
Haydar adalah seorang penyair yang tinggal di Flint, Michigan. Beliau melancarkan muzik video sempena menghormati Hari Wanita Muslim pada 27 Mac lalu. Pemilihan hari itu sebagai kesempatan untuk meraikan dan menghilangkan prasangka stereotip tentang wanita Muslim.
Ketika penghasilan video klip tersebut, Haydar sedang hamil lapan bulan. Dia sengaja menampilkan dirinya sekaligus mahu memberi inspirasi kepada setiap wanita yang melihat video tersebut.
“Video ini boleh memberi inspirasi kepada mereka yang tidak sabar untuk melahirkan bayi dan memiliki ‘tubuh yang sempurna’ sebelum membuat video tersebut,” katanya seperti yang dilaporkan Buzzfeed.
Katanya, ketika beliau mencipta lagu dan memikirkan idea untuk muzik video, beliau membayangkan “segala hal yang berkaitan dengan keindahan menjadi mungkin”
“Mengingat agenda pemerintah Amerika saat ini untuk menghapus dan memfitnah tubuh wanita, Muslim dan orang-orang trans, saya sengaja memberikan pesan ini sekarang untuk membantu dan menjadikan ia salah satu karya positif dan penuh cinta,” tuturnya.
The post Video ‘Hijabi’ Luahan Muslimah Amerika Jadi Viral appeared first on Berita Viral.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p5sJnY✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment