Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Say goodbye, baby, say goodbye” kata si ayah kepada anak kembarnya yang sudah tidak bernyawa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Say goodbye, baby, say goodbye” kata si ayah kepada anak kembarnya yang sudah tidak bernyawa

loading…
loading…
“Say goodbye, baby, say goodbye” kata si ayah kepada anak kembarnya yang sudah tidak bernyawa:

BEIRUT – Hancur luluh hati seorang bapa apabila anak kembarnya berusia 9 bulan terkorban dalam serangan kimia di Syria.

Sambil menahan air matanya, Abdel Hameed Alyousef, 29, mengusap dan membelai rambut mereka sambil berkata, “Say goodbye, baby, say goodbye” kepada anak kembarnya itu yang sudah tidak bernyawa sebelum dikebumikan di kubur yang menempatkan 22 anggota keluarganya dikebumikan. 

Syria.jpg

Anak kembar itu adalah antara 80 mangsa termasuk sekurang-kurangnya 30 kanak-kanak dan 20 wanita yang terkorban dalam serangan kimia di bandar Khan Sheikhoun, Syria, Selasa lalu.

Dalam perjalanan ke tanah perkuburan, Abdel Hameed meminta agar sepupunya merakam kata-kata perpisahannya kepada anak kembarnya ketika berada dalam van.

C8mye2qXkAAGXU0.jpg

Difahamkan, ketika serangan itu berlaku, Abdel berada bersama anak kembar lelai dan perempuannya itu.

“Saya mendukung mereka ke luar rumah bersama ibunya. Pada awalnya mereka sedar tetapi 10 minit kemudian, dapat dapat bau (gas itu),” katanya.

Tidak berapa lama selepas itu anak kembar dan isterinya, Dalal Ahmed jatuh sakit. 

Abdel Hameed kemudian membawa mereka ke paramedik dan menyangka mereka akan pulih sebelum pergi mencari ahli keluarganya yang lain.

Abdel Hameed menemui dua mayat abangnya, tiga anak saudara serta jiran dan kawan. Tidak beberapa lama kemudian, Abdel Hameed dimaklumkan bahawa anak dan isterinya juga meninggal dunia. 

Sepupunya, Alaa Alyousef berkata, Abdel Hameed sangat terjejas dengan kejadian itu dan sedang dirawat untuk pendedahan kepada toksin.

“Hatinya hancur luluh kerana kehilangan ramai ahli keluarga,” katanya.

Menurut saksi, empat roket melanda kawasan itu pada jam 6.30 pagi Selasa lalu dan merempuh kawah di darat tetapi menyebabkan kerosakan struktur yang minimum. 

Jangan Lupa Like Page Ini Untuk Mendapatkan Segala Berita Yang Paling Terkini!!

The post “Say goodbye, baby, say goodbye” kata si ayah kepada anak kembarnya yang sudah tidak bernyawa appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oMkWMG

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.