Hi! Welcome Back and Stay Tune! Isu Hina Najib : Najip Mohon Maaf, Akui Tidak Sensitif - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Isu Hina Najib : Najip Mohon Maaf, Akui Tidak Sensitif

Menerusi laporan Harian Metro, penerbit dan pengacara popular Singapura, Najip Ali, mengakui tidak sensitif dan memohon maaf ekoran tindakannya yang didakwa mempersenda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Saya ingin memohon maaf kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak. Saya merayu beliau, penonton dan rakan-rakan memaafkan saya,” katanya.

Najip membuat permohonan maaf tersebut menerusi kenyataan yang dikeluarkan stesen televisyen Singapura, Mediacorp Channel 5 menerusi laman web rasmi mereka, pada Rabu.

“Sejak beberapa hari lalu saya sudah memikirkan sedalam-dalamnya komen yang dibuat semasa segmen dalam rancangan komedi Channel 5 yang merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia.

“Saya sedar betapa saya tidak sensitif dan tidak berhati perut,” katanya.

Menerusi kenyataan sama, Ketua Pegawai Pelanggan Mediacorp, Debra Soon berkata pihaknya sudah menarik balik siaran ulangan episod program itu berkuat kuasa serta-merta.

“Channel 5 dan pasukan produksi di sebalik OK Chope! dengan ikhlas memohon maaf kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak atas satu segmen pada episod minggu lalu.

“OK Chope! adalah program mingguan yang ditayangkan secara langsung menampilkan pelawak yang memberikan pandangan lucu mengenai berita dan hal ehwal semasa.

“Episod minggu lalu termasuk komen-komen yang merujuk kepada Perdana Menteri Malaysia sebagai tidak berhemah dan menyakitkan hati. Oleh itu, kami menarik balik siaran ulangannya berkuat kuasa serta-merta. Kami memohon maaf atas kesilapan ini,” katanya.

Rabu lalu, Mediacorp Channel 5 menyiarkan satu episod rancangan komedi OK Chope! yang turut menampilkan segmen berkenaan Perdana Menteri.

OK Chope! yang dihoskan Vernetta Lopez menampilkan ahli panel Najip Ali, Mike Kasem, Rishi Budhrani dan Sam See yang cuba untuk ‘chope’ ke atas satu sama lain bagi memberikan pandangan mereka mengenai kejadian terbaru di media sosial, berita dan budaya pop.

The post Isu Hina Najib : Najip Mohon Maaf, Akui Tidak Sensitif appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2ngafor

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.