Hi! Welcome Back and Stay Tune! MNCF Harap Velodrom Nasional Nilai Siap Ikut Jadual - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MNCF Harap Velodrom Nasional Nilai Siap Ikut Jadual

VELODROM tertutup kelas satu yang sedang dalam pembinaan di Nilai, Negeri Sembilan. – Foto Iqmal Haqim Rosman

NILAI: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) berharap agar pihak kontraktor dapat menyiapkan pembinaan Velodrom Nasional pada 28 April ini bagi memastikan Kejohanan pra-Sukan SEA dapat dijalankan pada pertengahan Mei.

Setiausaha Kehormat PKBM, Ibrahim Mustapa berkata, penganjuran kejohanan berkenaan yang bertujuan menguji peralatan dan trek di velodrom itu, dimaklumkan lebih awal menerusi mesyuarat bersama agensi kerajaan dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada Februari lalu.

Beliau mendakwa, tarikh 28 April dijanjikan wakil KBS yang mengadakan mesyuarat dengan wakil badan induk itu sebelum ini.

“Kita tidak boleh menunda kejohanan berkenaan kerana surat jemputan sudah diedarkan kepada beberapa negara ASEAN yang mengesahkan penyertaan,” katanya ketika ditemui Bernama selepas mengadakan lawatan ke Velodrom Nasional, di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, pihaknya mencadangkan supaya Majlis Perbandaran Nilai dapat mengeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki Sementara (CF) sekiranya pihak kontraktor gagal menyiapkan Velodrom Nasional pada 28 April ini.

“Kami telah mengusulkan perkara ini kepada wakil Jabatan Kerja Raya dan KBS dalam satu mesyuarat hari ini dan berharap permohonan itu diluluskan sekiranya pihak kontraktor gagal menyiapkan bangunan berkenaan pada tarikh yang ditetapkan,” jelas Ibrahim.

Berdasarkan peraturan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, mana-mana premis bangunan yang sudah dibina perlu mendapatkan CF dan Certificate of Completion and Compliance (CCC) bagi memastikan ia selamat diduduki.

Velodrom Nasional Nilai, yang mula dibina pada Januari 2015 dengan kos RM80 juta, dikendalikan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan ia akan menjadi venue pertandingan untuk acara trek dan BMX pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dari 19-31 Ogos. – BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nOk7lr

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.