Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kesihatan Salah Seekor Badak Sumatera Terakhir Di Malaysia Bernama Puntung Kritikal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kesihatan Salah Seekor Badak Sumatera Terakhir Di Malaysia Bernama Puntung Kritikal

Kesihatan salah seekor dari tiga ekor badak sumbu Sumatera bernama Puntung kini kritikal apabila bahagian dalam rahangnya bernanah akibat jangkitan, lapor Berita Harian.

Menurut Pengarah Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata, ketika ini luka dialami Puntung amat membimbangkan disebabkan ada tanda jangkitan dan mungkin sudah merebak ke kawasan lebih dalam.

“Kita juga bimbang kemungkinan berlaku jangkitan kuman dalam darah atau Sepsis kerana ia boleh merebak dengan cepat ke seluruh tubuh dan menyebabkan kematian. 

“Sabah adalah satu-satunya negeri mempunyai populasi badak Sumatera dan hingga kini hanya tinggal tiga sahaja yang masih hidup, manakala selebihnya berada di Indonesia,” katanya.

Menurut beliau, Puntung yang ditangkap pada 2011 lalu itu sebenarnya masih mempunyai potensi untuk melahirkan anak bagi menambah populasi badak Sumatra.

Mamalia ini pernah cuba dibiakkan dengan seekor lagi badak jantan dinamakan Tam, namun gagal disebabkan masalah dalam sistem pembiakannya.

 Pengarah Eksekutif Borneo Rhino Alliance, Datuk John Payne, berkata badak sumbu Sumatera mempunyai jangka hayat kira-kira 35 tahun dengan usia Puntung ketika ini dianggarkan sekitar 25 tahun.

“Veterinar kami iaitu Dr Zainal Zahari Zainuddin telah menjaga Puntung sejak hari ia ditangkap dan beliau kini melakukan apa yang terdaya dengan sebaik mungkin untuk merawat Puntung,” katanya. – Siakapkeli.my

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nNCvuT

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.