Sindiket Menyamar 'pegawai Maybank' Curi Duit
KUALA LUMPUR: Pemilik akaun bank Maybank diminta berhati-hati sekiranya menerima panggilan mencurigakan kononnya daripada pihak bank mendakwa terdapat tunggakan pembayaran untuk pinjaman peribadi.
Ini susulan wujudnya sindiket penipuan ‘spoofing’ yang menggunakan modus operandi (MO) menyamar sebagai wakil dari bank terbabit dan membuat panggilan telefon secara rambang ke mana-mana individu.
Ahli sindiket akan memperkenalkan diri sebagai pegawai Maybank dan meminta mangsa memberikan nama penuh serta nombor kad pengenalan untuk pengesahan.
Selepas membuat ‘semakan’ pengesahan, ahli sindiket kemudian memaklumkan kononnya mangsa mempunyai tunggakan pembayaran pinjaman peribadi dengan bank berkenaan.
TIMBALAN Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) (Siber dan Siasatan Multimedia) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamaruddin Md Din. – Foto fail NSTP/Muhd Asyraf Sawal
Jika mangsa menafikan ada membuat sebarang pinjaman peribadi dengan bank terbabit, ahli sindiket akan menjelaskan kononnya butiran pengenalan peribadinya sudah disalah guna pihak ketiga untuk membuat pinjaman itu.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) (Siber dan Siasatan Multimedia) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamaruddin Md Din, berkata mangsa akan panik dan sindiket mengambil kesempatan dengan menyuruhnya membuat aduan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) atau pihak polis.
“Mangsa akan diberikan nombor telefon BNM atau polis yang boleh dihubungi mangsa untuk membuat aduan dan semakan.
“Panggilan itu sebenarnya diubah menggunakan ‘voice over internet protokol atau VOIP’ yang mana ia akan dijawab oleh ahli sindiket yang mengaku sebagai pegawai BNM atau polis.
“Sindiket itu menggunakan sistem VOIP untuk membuat panggilan menggunakan internet dengan identiti pemanggil yang ditiru,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, meskipun nombor yang diberi itu bukan nombor sebenar BNM atau polis, pemanggil akan menyangka sebaliknya, menggunakan sistem berkenaan.
“Mangsa menyangka dia bercakap dengan pegawai BNM atau pegawai polis, sedangkan dia sebenarnya bercakap dengan ahli sindiket yang menyamar.
“Sindiket akan meminta butiran akaun bank dan kad kredit sebelum mangsa diarahkan memindahkan semua wang yang ada dalam akaun banknya secara manual di kaunter bank atau melalui mesin pengeluaran wang (ATM) ke akaun bank pihak ketiga kononnya untuk tujuan keselamatan dan siasatan,” kata beliau.
Katanya lagi, mangsa juga diarahkan supaya tidak memberitahu sesiapa berhubung perkara itu kerana ia boleh ‘menjejaskan’ siasatan.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nf3x1V✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment