Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tanah Runtuh Colombia, Ramai Masih Hilang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tanah Runtuh Colombia, Ramai Masih Hilang

BOGOTA: Angka kematian dalam bencana tanah runtuh yang melanda beberapa kawasan di bandar Mocoa, Colombia meningkat kepada 301 orang pada Rabu, lapor Institut Perubatan Undang-Undang dan Sains Forensik Negara.

Menurut institut itu daripada 301 disahkan maut, 173 mayat telah dikenal pasti.

Selain itu, tujuh autopsi dijadualkan dijalankan untuk mangsa, kata institusi berkenaan.

Terdahulu, Presiden Colombia Juan Manuel Santos pada Rabu, mengatakan bencana tanah runtuh itu juga menyebabkan ramai penduduk masih hilang.

“Pagi ini seramai 467 waris melaporkan mengenai kehilangan ahli keluarga masing-masing. Daripada jumlah itu 153 berjaya dikesan, 119 daripadanya hidup selebihnya disahkan maut,” kata Santos dalam satu kenyataan di Bogota.

Walaupun presiden tidak memberikan angka sebenar kematian tetapi berdasarkan jumlah aduan mungkin lebih daripada 200 orang lagi tertimbus di bawah runtuhan batu dan lumpur.

Sementara itu, pegawai Persatuan Palang Merah Colombia memberitahu EFE, persatuan berkenaan sedang mengesan lapan warga asing, tiga daripadanya warga Sepanyol yang dilaporkan hilang kerana gagal dihubungi sejak bencana berlaku. — BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2odo4U2

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.