Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengambilan Daging Dalam Hidangan, Baik Atau Buruk Kesannya? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengambilan Daging Dalam Hidangan, Baik Atau Buruk Kesannya?

6 April 2017. 10.17 AM

Gaya Hidup

Pengambilan Daging Dalam Hidangan, Baik Atau Buruk Kesannya?
Pakar nutrisi dari Institut Jantung Negara (IJN) telah menyatakan bahawa rakyat Malaysia makan terlalu banyak produk haiwan dan kurang pengambilan sayur-sayuran.
 
Obesiti juga menjadi punca kepada penyakit serius seperti diabetes dan jantung yang masih menghantui rakyat Malaysia.
 
Namun, tahukah anda bahawa dengan mengambil daging di dalam hidangan harian akan menyebabkan beberapa faktor seperti berikut:
 
1. Meningkatkan Kekuatan Otot
Pengambilan protein yang cukup dapat membantu menguatkan otot. Protein yang dimasukkan ke dalam badan juga membantu untuk saraf-saraf pada otot berkembang dengan baik. 
 
2. Sumber Protein Dan Tenaga
Di dalam badan kita terdapat berjuta-juta sel yang diperbuat daripada protein. Selain menjadi sumber protein yang baik, daging juga penting sebagai sumber vitamin B12. Vitamin B12 merupakan vitamin yang sukar ditemui pada tumbuhan.
 
3. Sumber Mineral
Daging mengandugi sejumlah mineral terutamanya zat besi. Badan kita juga memerlukan zat besi yang diperlukan untuk mengepam oksigen dari paru-paru ke bahagian tubuh selain turut meningkatkan tahap metabolisme.
 
Selain memberi kebaikan kepada tubuh, tahukah anda bahawa dengan pengambilan daging yang berlebihan akan menyebabkan beberapa masalah kesihatan seperti berikut:
 
1. Masalah Pencernaan
Kerap makan daging merah bakal menyebabkan masalah gangguan sistem pencernaan. Daging merah khususnya mengandungi bakteria seperti Eschericia dan akan menyebabkan masalah seperti sukar untuk dihadam.
 
2. Berisiko Penyakit Jantung
Tahukah anda bahawa sekiranya daging sering dipilih sebagai hidangan, risiko untuk mengalami masalah jantung adalah amat tinggi. Hal ini kerana kandungan lemak yang tinggi dalam daging akan terkumpul dalam badan seterusnya mengganggu sistem saluran darah.

 
3. Berisiko Kanser Usus
Pengambilan daging yang berlebihan juga akan menyebabkan Nitrosamine ataupun racun terkumpul dalam badan yang akan memberi kesan buruk kepada usus besar badan kita.
 
4. Tahap Kolestrol Tinggi
Daging merah mengandungi jumlah kolestrol yang paling tinggi berbanding makanan lain. Kadar kolestrol yang tinggi dalam badan pula akan menyebabkan masalah kesihatan yang kronik seperti komplikasi jantung.

Sumber : Astro Awani
Olahan : Izzat Ridzwan
 

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nfxRcM

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.