Hi! Welcome Back and Stay Tune! Junho (2PM) Akui Bangga Berkali-kali Dicium Nam Goong Min - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Junho (2PM) Akui Bangga Berkali-kali Dicium Nam Goong Min

Babak mesra lakonan Nam Goong Min dan Junho (2PM) dikatakan menjadi salah satu daya tarikan bagi drama korea popular Chief Kim yang baru saja tamat tayanganya minggu lalu.

Rata-rata penonton setia drama berkenaan mengakui tidak rela berpisah dengan dua karakter yang cukup menghiburkan itu.

Pada akhir-akhir episod, Chief Kim memaparkan beberapa adegan ‘bromance’ Kim Sung Ryong (Nam Goong Min) dan Seo Yool (Junho). Salah satunya, saat Sung Ryong mencium pipi Seo Yool. Difahamkan babak berkenaan adalah spontan dan tidak tertulis dalam skrip.

“Saya berasa (adegan ciuman tersebut) merupakan momen ‘skinship’ paling hebat di keseluruhan drama.

“Biasanya, sentuhan fizikal selalunya diantara pelakon lelaki dan wanita. Jadi saya rasa bangga kerana momen tersebut berlaku pada saya. Adegan itu 100 peratus spontan,” kata Junho ketika ditemubual media Korea baru-baru ini.

Dalam pada itu, Nam Goong Min mencelah mengatakan pada awalnya dia berasa tidak yakin untuk melakukan babak berkenaan namun selepas melakukannya, dia menyifatkan aksi itu lucu.

“Pengarah berkata itu idea yang bagus tetapi saya agak ragu-ragu, namun selepas menjalani penggambaran, saya akui bahwa adegan tersebut sangat lucu.

“Kami melakukan adegan ciuman berkali-kali dengan reaksi yang berbeza-beza hingga pada satu tahap kami berfikir tidak ada masalah untuk kami melakukannya,” katanya.

Sementara itu, semua kru dan pelakon Chief Kim kini menikmati percutian mereka di satu lokasi sebagai hadiah atas kejayaan drama Chief Kim yang mendapat sambutan menggalakkan.

Bagaimanapun Nam Goong Min dikatakan tidak dapat menyertai percutian tersebut kerana terikat dengan komitmen lain serta jadualnya yang ketat.

The post Junho (2PM) Akui Bangga Berkali-kali Dicium Nam Goong Min appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2odwJG0

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.