Hi! Welcome Back and Stay Tune! Separuh terjual dalam 2 minggu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Separuh terjual dalam 2 minggu

Baru saja melancarkan jenama pakaiannya di Pavilion, Kuala Lumpur bulan lalu, penyanyi popular Indonesia, Afgan bakal kembali semula ke ibu kota untuk persembahan An Intimate Evening with Afgan and The Gandarianz, 27 April ini.

Ini kali pertama penyanyi lagu Ku Dengannya Kau Dengan Dia itu membuat persembahan sempena Minggu Setiausaha yang akan berlangsung di The Royale Chulan Kuala Lumpur.

Afgan dijangka menyampaikan 10 lagu daripada empat album dengan iringan The Gandarianz.

Pengarah Urusan Loudcloud Entertainment and Event Management Sdn Bhd selaku penganjur Najwa Mohamed Mokhtar berkata, lebih separuh daripada 700 tiket laris dijual dalam tempoh dua minggu.

“Sambutan jualan tiket sangat memberangsangkan sejak persembahan ini dihebohkan awal bulan lalu,” katanya pada sidang media, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Najwa berkata, walaupun harga tiket mahal sehingga mencecah RM1,000 seorang bagi pakej Diamond tetapi ia berbaloi.

“Pakej Diamond eksklusif kerana penonton berpeluang beramah mesra dengan Afgan dan bergambar bersamanya,” katanya.

Bagaimanapun, Afgan tidak hadir pada sidang media itu namun menyampaikan ucapan ringkas menerusi perbualan video secara langsung dari Jakarta.

“Persembahan ini istimewa bagi saya dan berbesar hati berpeluang menghiburkan peminat di majlis dalam suasana lebih peribadi,” katanya.

Turut memeriahkan persembahan An Intimate Evening with Afgan and The Gandarianz adalah Hael Husaini yang akan menyampaikan dua lagu pada pembukaan acara.

Persembahan An Intimate Evening with Afgan and The Gandarianz akan menawarkan pakej Bronze, Silver dan Gold masing-masing berharga RM3,000, RM5,000 dan RM8,000 bagi meja untuk 10 penonton.

Peminat juga boleh membeli tiket persendirian untuk menyaksikan persembahan Afgan selama dua jam 30 minit.

The post Separuh terjual dalam 2 minggu appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nfzUxv

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.