Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bintang The Beguiled Buka Mulut Isu Babak Seks - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bintang The Beguiled Buka Mulut Isu Babak Seks

Jika menonton treler filem arahan Sofia Coppola iaitu The Beguiled, anda pasti menyedari mengenai adegan berahi antara Colin Farrell dan Kirsten Dunst.

Bagi kedua-dua pelakon itu, mereka mempunyai pandangan peribadi mengenainya.

“Saya berada di atas lantai dan pakaian saya direntap,” terang Dunst mengenai babak berkenaan.

Tegas aktres itu lagi dia sememangnya tidak selesa namun tetap profesional.

“Saya tidak suka… saya tidak suka.

“Secara jujur, saya seperti mahu habiskan babak tersebut secepat mungkin,” katanya seperti yang dilaporkan E! News.

Tambah Dunst dia bertuah kerana pengarah filem itu memahami akan isu berkenaan.

“Menerusi filem-filem yang pernah saya lakukan sebelum ini, pengarah lelaki mahu merakamkan dari pelbagai sudut.

“Sekurang-kurangnya Sofia juga bersetuju supaya menyelesaikan adegan itu dengan segera,” katanya.

Menerusi filem itu Farrell melakonkan watak seorang askar yang cedera dalam Perang Saudara dan kemudian dia dibawa sekolah berasrama perempuan di Virginia.

Pelajar perempuan di sekolah itu mula menyukai watak yang dilakonkan Farrell.

Pelakon lain yang terlibat ialah Elle Fanning dan Nicole Kidman.

Sementara itu bagi Farrell, dia bertindak profesional semasa melakonkan adegan seks.

“Sebenarnya ia lebih sukar bagi wanita. Dan sejak dahulu lagi wanita lebih dieksploitasi secara seksual.

“Oleh itu saya merasakan wanita perlu diberi keutamaan dan kebebasan untuk melakukannya dengan cara yang mereka selesa,” katanya.

The post Bintang The Beguiled Buka Mulut Isu Babak Seks appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nOn1qd

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.