Mercedes-Benz GLC250 4Matic Terima Suspensi Kawalan Ketangkasan, Harga Masih Dikekalkan
Mercedes-Benz GLC 250 4Matic AMG Line telah menerima sedikit pembaharuan pada spesifikasinya. Model SUV pemasangan tempatan (CKD) ini turut dikekalkan harganya seperti model semasa iaitu RM325,888 (harga atas jalan tanpa insurans).
Hanya satu peningkatan yang dilakukan iaitu memperkenalkan suspensi Kawalan Ketangkasan (Agility Control) yang didatangkan dengan sistem redaman pasif terpilih. Ia bagi menggantikan sistem suspensi sport AMG pada model sebelum ini, yang telah merendahkan ketinggian pengendaliannya sebanyak 15 mm.
Manakala bahagian mekanikal lainnya masih dikekalkan termasuk enjin 2.0 liter pengecas turbo empat-silinder yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 211 hp pada 5,500 rpm dan tork 350 Nm antara 1,200 hingga 4,000 rpm. Ia juga dipadankan dengan transmisi automatik 9G-Trobic sembilan-kelajuan (yang kini turut ditampilkan pada model C-Class) yang menyalurkan kuasa terus ke semua rodanya menerusi sistem pacuan semua roda 4Matic.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Mercedes-Benz GLC 250 4Matic AMG Line 2017, termasuk perincian lengkap spesifikasinya, sila layari CarBase.my.
GALERI: Mercedes-Benz GLC 250 4Matic AMG Line 2016 (CKD)
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nGSWIo✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment