Budak kata kena culik, padahal helah curi tabung masjid
KUALA TERENGGANU, 6 April ― Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun menggunakan helah kononnya dia diculik bagi menutup perbuatannya mencuri wang tabung masjid di Wakaf Mempelam di sini, semalam
Kisah penculikan tersebut tular di media sosial namun setelah disiasat didapati dakwaan kanak-kanak itu palsu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, ACP Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu hanya mereka cerita kerana bimbang dimarahi ibunya selepas didapati mencuri wang sebuah masjid serta takut pihak masjid berjumpa ibunya.
Katanya ibu kanak-kanak itu telah membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga setelah dimaklumkan anaknya bahawa dia nyaris diculik pada kira-kira 2.10 petang semasa dalam perjalanan pulang dari Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam.
Setelah disiasat, polis mendapati sebelum itu, murid tersebut ditangkap oleh pihak Masjid Wakaf Mempelam kerana didakwa mencuri wang masjid yang mana beliau menafikan berbuat demikian.
Wan Abd Aziz berkata lanjutan pengakuan tersebut ibunya telah menarik balik laporan polis yang dibuat sebelum itu.
Sumber :
– http://ift.tt/1aoZXzE
✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment