Hi! Welcome Back and Stay Tune! Chong Wei Tempah Tempat Ke Suku Akhir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Chong Wei Tempah Tempat Ke Suku Akhir

DATUK Lee Chong Wei mudah menewaskan pemain Hong Kong Hu Yun 21-8, 21-6 pada pusingan kedua Kejohanan Terbuka Malaysia Celcom Axiata 2017 di Stadium Perpaduan Petra Jaya malam ini. – Foto BERNAMA

KUCHING: Seperti diramal, jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei tidak berdepan masalah untuk mengesahkan tempat ke suku akhir Terbuka Malaysia, sebentar tadi.

Kejayaan itu hadir selepas pemain nombor satu dunia berkenaan mudah mengetepikan cabaran Hu Yun dari Hong Kong 21-8, 21-6 dalam aksi pusingan kedua di Stadium Perpaduan Kuching.

“Jika saya ada peluang untuk menamatkan perlawanan dengan cepat, saya akan lakukannya, …itulah yang saya lakukan hari ini. Kini saya boleh fokus untuk menghadapi aksi suku akhir pula,” kata Chong Wei ketika sidang media selepas tamat perlawanan, sebentar tadi.

Pemain berusia 35 tahun itu akan berdepan pemain muda Korea Selatan, Jin Jeon Hyeok bagi pemburuan tempat ke separuh akhir, esok.

“Saya tidak pernah menentang dia lagi sebelum ini. Walaupun dia pemain daripada pusingan kelayakan, namun saya tetap perlu fokus dan tidak memandang rendah kemampuannya,” kata juara Terbuka Malaysia 11 kali itu.

Turut layak ke suku akhir ialah juara Olimpik Rio 2016, Chen Long dari China selepas menewaskan rakan senegara, Huang Yuxiang 16-21, 21-18, 21-10 dalam aksi pusingan kedua.

Terdahulu, beregu lelaki negara, Low Juan Shen-Chooi Kah Ming tersingkir di pusingan kedua selepas tewas kepada Chai Biao-Hong Wei dari China 6-21, 19-21.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oMv2x3

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.